HomeUtamaDUN Sabah : Penubuhan Pasukan Petugas Khas bantu percepat agenda noktahkan agenda...

DUN Sabah : Penubuhan Pasukan Petugas Khas bantu percepat agenda noktahkan agenda miskin tegar

Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Penubuhan Pasukan Petugas Khas (STF) yang ditubuhkan Kerajaan melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) bersama dengan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) adalah bagi mempercepatkan lagi agenda menoktahkan agenda miskin tegar di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penubuhan pasukan itu adalah bagi melaksanakan gerak kerja pemutihan dan profiling miskin tegar di lapangan dalam mengenal pasti status terkini Ketua Isi Rumah (KIR) berdasarkan locked figure (LF) miskin tegar.

“KIR yang masih diklasifikasikan sebagai miskin tegar, intervensi dan pemadanan bantuan yang bersesuaian akan diberikan kepada KIR tersebut. Pasukan itu juga akan berkerjasama dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pejabat Daerah bagi membantu kerja di lapangan.

“Secara asasnya, pasukan ini bertanggungjawab untuk melihat semula status terkini KIR bagi tujuan penyelarasan data di dalam sistem eKasih. Manakala, urus setia program akan melaksanakan intervensi bantuan terhadap KIR yang telah dikenal pasti bagi tujuan penyaluran bantuan berdasarkan padanan dan keperluan KIR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Hajiji berkata, SSMJ sebagai urus setia program menoktahkan miskin tegar di Sabah akan bertindak untuk menyelaras data KIR yang berstatus   miskin   tegar   yang   telah   menerima   bantuan.

Katanya,  intervensi bantuan merupakan kerjasama bersama 27 agensi pemberi bantuan di dalam program ini yang terdiri daripada 10 kementerian negeri Sabah, sembilan agensi Kerajaan Negeri, tujuh agensi Kerajaan Persekutuan dan satu pemain industri.

“Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah membangunkan 13  indikator untuk menentukan kesahihan status miskin tegar. Indikator ini juga bertujuan untuk memberi keutamaan kepada jenis bantuan yang perlu diberikan secara bersasar dan tepat,” katanya.

Dalam pada itu Hajiji berkata, seramai 2,093 KIR miskin tegar di Sabah dikenal pasti berjaya keluar daripada garis kemiskinan dalam tempoh sembilan bulan lalu.

Katanya, ia berdasarkan peningkatan pendapatan isi rumah KIR terbabit hingga melebihi RM2,742 sebulan.

Menurutnya, perubahan status itu antara penyumbang kepada penurunan 76.1 peratus jumlah KIR miskin tegar di Sabah kepada hanya 5,379 KIR setakat 30 Jun lalu, berbanding 22,510 KIR dengan 94,315 ahli isi rumah pada 13 September tahun lalu.

Selain itu, katanya seramai 14,146 KIR miskin tegar berubah status kepada berstatus miskin berikutan peningkatan pendapatan ke paras miskin.

“Seramai 14,146 KIR miskin tegar berubah status kepada miskin dengan jumlah pendapatan di antara RM1,218 hingga RM2,742 sebulan.

“Seramai 2,093 KIR pula berubah kepada hingga melebihi paras miskin dengan jumlah pendapatan lebih RM2,742 sebulan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular