HomeUtamaBelanjawan Tambahan 2024 bukan tertinggi dalam sejarah

Belanjawan Tambahan 2024 bukan tertinggi dalam sejarah

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Pembentangan belanjawan tambahan 2024 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam bukanlah yang tertinggi dalam sejarah seperti yang didakwa pembangkang.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun ketika membetulkan fakta mengenai pembentangan belanjawan sebanyak RM1.004 bilion itu berkata, rekod belanjawan tambahan ketika kerajaan WARISAN pada 2019 adalah lebih tinggi iaitu RM1.3 bilion.

Berikutan itu, sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2024, yang dibacakan Masidi bertukar kecoh apabila penjelasan beliau dipertikai ADUN pembangkang.

Masidi berkata, penjelasan itu bukan untuk memalukan parti berkenaan tetapi ADUN WARISAN dari Merotai, Sarifuddin Hata, kemudian bangkit dan menyatakan bahawa belanjawan tambahan ketika itu tinggi disebabkan COVID-19 dan ia berlaku di seluruh negara.

Namun beliau bagaimanapun menafikan ada niat memalukan WARISAN, sebaliknya beliau menyatakan bahawa penjelasannya belum selesai.

“Saya tidak mengatakan WARISAN malu atau saya malu kerana saya belum habis cakap. Waktu Barisan Nasional (BN) juga pernah sampai RM1.5 bilion belanjawan tambahan.

“Jadi hari ini bukan yang tertinggi, itu yang saya ingin nyatakan. Ia bukan kerana tinggi, bukan kerana WARISAN, bukan kerana GRS, bukan kerana BN.

“Ini bukan tujuan memalukan, ini hanya menyatakan pernah dua kali sebelum ini di mana belanjawan tambahan melepasi RM1 bilion, tiada apa-apa, itu saja..full stop,” katanya.

Masidi yang juga ADUN Karanaan itu berkata, beliau tiada apa-apa kepentingan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan negeri atau mahu menjadi popular.

“Dengan izin mudah-mudahan sebelum saya berlepas, saya dapat beri khidmat untuk negeri agar saya dapat merasa bahawa saya telah membuat sesuatu yang baik kepada negeri kita, percayalah tiada niat lain.

“Saya sudah 74, saya antara yang paling tua di sini, saya tiada apa-apa kepentingan, percayalah. Saya buat ini sementara ada peluang buat kerja, itu saja,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular