HomeIsu tempatanKonsert Makan Malam Amal 'The Legends' 1 November depan

Konsert Makan Malam Amal ‘The Legends’ 1 November depan

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu:   Konsert Makan Malam Amal ‘The Legends’ akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 1 November depan.  

Pengerusi Karyawan Malaysia, Datuk Khadijah Ibrahim berkata konsert tersebut bertujuan untuk mengumpul dana  bagi membantu rakan-rakan artis yang memerlukan dan ia merupakan anjuran Karyawan Malaysia. 

“Dana yang dikumpul bukan sahaja untuk membantu rakan-rakan artis tetapi mereka yang terlibat dalam bidang seni juga.

“Bantuan tersebut secara keseluruhannya di Malaysia bukan di Kuala Lumpur sahaja di mana sekiranya kami mendengar berita artis sakit kami akan mengunjungi mereka dan membantu dengan bantuan dana yang dikumpulkan akan diagihkan kepada yang memerlukan.

“Dalam konsert amal itu nanti kami akan kumpulkan 10 artis tempatan Sabah sebagai penerima sumbangan daripada Karyawan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Khadijah berkata, konsert makan malam amal tersebut akan dihiburkan bersama Datuk Ramli Sarip, Datuk Jamal Abdillah, Stacy, Azharina, Mad Sabah dan juga saya sendiri.

“Dan konsert ini berasaskan Table Selling Dinner konsert dan sebanyak 200 meja  akan dijual harga bermula dari RM3,000,”katanya.

Khadijah berkata, kunjungannya adalah untuk menjemput Tun Juhar menghadiri konsert berkenaan.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan Konsul Agung Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dayang Fauzana Octavia Alli untuk memperkenalkan diri menggantikan Konsul Agung Negara Brunei Darussalam, Awang Hipni Matarsad.

Fauzana (kiri) ketika menyerahkan cenderamata kepada Tun Juhar.
RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sistem solar bantu tingkat kesejahteraan komuniti luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular