HomeUtamaDUN Sabah : Perancangan pembangunan bekalan air terus dilaksanakan

DUN Sabah : Perancangan pembangunan bekalan air terus dilaksanakan

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sentiasa membuat perancangan pembangunan bekalan air untuk jangka panjang bagi setiap Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia adalah bagi memastikan permintaan bekalan air itu mencukupi untuk tempoh 30 hingga 50 tahun seterusnya.

Katanya, melalui program pembiayaan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, JANS telah melaksanakan beberapa projek pembangunan bekalan air jangka panjang dan berimpak tinggi.

“Antaranya termasuklah pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Beaufort II dengan kapasiti 30 MLD  yang  telah siap pada 2018; pembinaan LRA Bunsit, Keningau dengan kapasiti 70 MLD yang siap 2017 dan  pembinaan LRA Baru Semporna dengan kapasiti 30 MLD (siap 2022).

“Selain itu, pembinaan LRA Baru Kundasang dengan kapasiti 15 MLD (siap 2023); menaiktaraf LRA Simpangan, Kota Marudu (siap 2023) dan pembinaan LRA Apin-Apin, Keningau (siap 2022).

“Turut dilaksanakan adalah pembinaan LRA Lihak-Lihak, Semporna (siap 2020); pembinna LRA Dewata, Lahad Datu dengan kapasiti 3 MLD (siap 2023) dan menaiktaraf kapasiti LRA Limbawang, Beaufort dengan kapasiti tambahan 5MLD (siap 2020),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan  Dr.  Aliakbar  Gulasan  [ADUN  Dilantik]  pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, di samping itu, terdapat projek-projek jangka panjang lain yang sedang dalam pelaksanaan yang dijangka akan siap dalam tempoh dua hingga lima tahun dari sekarang.

Katanya, JANS juga telah merancang bagi menambah kapasiti bekalan air di daerah-daerah lain mengikut Zon Pantai Barat, Pantai Timur dan Pedalaman Sabah yang disenaraikan dalam Program Peruntukan Persekutuan untuk dilaksanakan dalam RMK13.

“Selain merancang dan membina fasiliti bekalan air untuk jangka panjang dan berimpak tinggi, JANS juga melaksanakan projek-projek bagi meluaskan liputan bekalan air di kawasan-kawasan luar bandar seluruh Sabah dibawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Sabah melalui Peruntukan Geran Persekutuan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Pelaksanaan projek-projek dibawah program ini dijangka dapat mencapai sasaran 90 peratus liputan bekalan air terawat bagi kawasan Luar Bandar di seluruh Sabah menjelang tahun 2035,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Buaya: JHL tembak mati buaya betina di Kg Sabah Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular