HomeUtamaDUN Sabah luluskan lima RUU berkaitan bidang syariah

DUN Sabah luluskan lima RUU berkaitan bidang syariah

Read Time:40 Second

Kota Kinabalu:  Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan lima lagi Rang Undang-undang (RUU) berkaitan bidang syariah.

Semua RUU yang dibentangkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif itu kemudiannya disokong sebulat suara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir.

Antara RUU yang diluluskan ialah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2004, Enakmen Zakat dan Fitrah 1993, Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) 2018 serta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995.

Terdahulu dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Untuk Jawapan Lisan yang dikendalikan oleh Timbalan Speaker DUN, Datuk Al Hambra Juhar, sebanyak 10 soalan dijawab oleh Menteri-menteri serta Pembantu Menteri di kementerian masing-masing.

Setelah tiga hari bersidang, persidangan ditangguhkan oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya  pada jam 1.28 petang.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM terima laporan bekas pegawai kanan sebuah syarikat perlombongan di Sabah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular