HomeUtamaJANS giat laksana operasi pemotongan paip haram, 21 sambungan berjaya dipotong

JANS giat laksana operasi pemotongan paip haram, 21 sambungan berjaya dipotong

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 21 sambungan paip haram yang dilakukan penghuni setinggan sekitar Inanam dan kawasan berhampiran berjaya dipotong anggota penguat kuasa Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, antara kawasan terlibat adalah sekitar tepi jalan berhampiran Puspakom; paip utama Jambatan Lembaga Padi; Kampung Likas dan Signal Hill.

“Pada hari ini, anggota penguat kuasa JANS telah melaksanakan operasi pemotongan sambungan paip haram yang dijalankan sekitar Inanam dan beberapa kawasan berhampiran.

“Daripada jumlah yang dipotong, sembilan sambungan telah dipotong di kawasan paip utama jambatan Lembaga Padi dan lapan sambungan dipotong berhampiran jalan dekat Puspakom,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, selain itu, JANS turut melaksanakan pemotongan tiga sambungan paip haram di kawasan setinggan Kampung Likas dan satu di Signal Hill.

Katanya, sambungan paip haram itu juga menjadi antara faktor yang mempengaruhi kepada tekanan air rendah sekitar Inanam dan Kionsom.

“Saya difahamkan sambungan paip haram itu menjadi antara punca kepada rungutan pengguna di Inanam dan Kiansom yang mendakwa tekanan air rendah.

“Selain itu, saya turut difahamkan kawasan berkenaan mempunyai banyak sambungan paip haram dan pihak penguat kuasa JANS akan terus giat melaksanakan operasi pemotongan dikawasan yang dikenal pasti,” katanya.

Katanya, JANS kini giat menjalankan pemantauan berterusan terhadap situasi ini.- SABAH MEDIA / FOTO JANS

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular