HomeUtamaDBKK, penjaja pasar malam Api-Api Night Food Market bersatu hati bersihkan Jalan...

DBKK, penjaja pasar malam Api-Api Night Food Market bersatu hati bersihkan Jalan Gaya

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Lebih 150 penjaja pasar malam Api-Api Night Food Market @ Gaya Street semalam hadir menjayakan operasi pembersihan Jalan Gaya yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Gotong-royong pembersihan yang dimulakan seawal jam 6 petang itu merupakan julung kali diadakan menyaksikan sinergi positif antara DBKK dan kumpulan penjaja pasar malam berkenaan yang mahu melihat Jalan Gaya berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

Lebih menarik, operasi pembersihan itu turut disertai oleh ahli keluarga para penjaja yang dilihat berjaya mengukir lebih makna dan kenangan.

Pembersihan tapak pasar malam itu diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK Robert Lipon selain penglibatan kakitangan DBKK daripada pelbagai jabatan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pelesenan Rozie Khan A. Halik, dan Pengarah Jabatan Pengangkutan dan Trafik Hana’aifah A. Suhaili.

Aktiviti pembersihan telah melibatkan kerja-kerja pencucian permukaan jalan raya, sementara DBKK mengetuai kerja-kerja pembersihan tumbuhan liar atas bangunan, penyelenggaraan pokok, penyelenggaraan pendawaian elektrik, pembaikan papan tanda rosak dan pembaikan jalan raya.

Ia bermula dari Blok A iaitu berhampiran pintu gerbang Jalan Gaya dan berakhir di Blok D.

Menerusi inisiatif ini, DBKK meletakkan harapan utama agar Jalan Gaya akan terus kekal bersih, kemas, teratur dan menjadi contoh tapak aktiviti pasar malam yang selamat kepada penjaja dan sentiasa gemar dikunjungi oleh pelancong dan warga Bandaraya Kota Kinabalu.

Pasar malam Api-Api Night Food Market @ Gaya Street ditutup sementara dua hari bermula semalam bagi tujuan pembersihan dan akan beroperasi semula minggu depan.

Bagaimanapun, operasi pasar malam Api-Api Night Food Market @ Gaya Street akan dibuka sementara hari ini di Padang Merdeka bermula jam 6 petang ini. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular