HomeIsu tempatanDeklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi TYT

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi TYT

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu :  Deklamasi puisi akan menjadi salah satu pengisian dalam majlis makan malam sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Oktober depan.

Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Awang Abdul  Muizz Awang Marusin berkata demikian ketika ditemui media pada kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Dalam kunjungan tersebut, beliau turut memaklumkan perkembangan terkini mengenai persatuan tersebut serta menyatakan hasrat untuk membukukan puisi yang ditulis oleh golongan penulis Sabah sebagai penghargaan kepada Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

“Kami menjunjung kasih kepada Tun Juhar kerana beliau telah berkenan kepada cadangan yang kedua iaitu slot deklamasi puisi yang akan diadakan pada Oktober sempena makan malam memuliakan hari jadi rasmi Tuan Yang Terutama Tun, salah seorang daripada kami akan mendeklamasikan puisi itu.

“Setakat ini, IPS mempunyai keahlian seramai 125 orang dan telah menerbitkan 15 buah buku sepanjang penubuhan.

“Persatuan ini  sangat  komited membangunkan  Negeri Sabah dari segi mengembangkan pendidikan kreatif  dalam segmen masyarakat, terutamanya  golongan belia, remaja dan kanak-kanak,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular