HomeUtamaSMK Lok Yuk KK & SK Sembulan juara Seni Warisan Juara Limbai...

SMK Lok Yuk KK & SK Sembulan juara Seni Warisan Juara Limbai 2024

Read Time:46 Second

TUARAN : SMK Lok Yuk Kota Kinabalu dan SK Sembulan muncul juara pertandingan Seni Warisan Juara Limbai 2024 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama di Kampung Lok Batik, di sini malam tadi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan hadiah kepada pemenang semasa acara yang dirakamkan secara langsung oleh RTM.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Yuk Kota Kinabalu dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan masing-masing menggondol wang tunai RM7,000, trofi dan sijil kemenangan masing-masing dalam kategori sekolah menengah dan sekolah rendah.

Ketua Menteri turut menyampaikan hadiah kepada Penari lelaki dan wanita terbaik dalam kedua-dua kategori.

Pertandingan Seni Warisan Juara Limbai edisi kedua dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri dan RTM Sabah dengan sokongan rakan strategik Jabatan Pendidikan Sabah, Lembaga Kebudayaan Sabah, Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah dan AJ Productions.

Menurut Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim, rakaman secara langsung itu akan disiarkan di TV2 pada pukul 9 malam pada 20 Julai ini.

RELATED ARTICLES
Utama

China Southern Airlines lanjut penerbangan dua kali sehari ke Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular