HomeIsu tempatanUMS adakan bengkel pengenalan asas bahaya ancaman CBRNE

UMS adakan bengkel pengenalan asas bahaya ancaman CBRNE

Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Perubatan Kecemasan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan bengkel “Chemical, Biological, Radiological, Nuclear & Explosives (CBRNE) Terrorism Awareness & Medical Emergency Consequence Management Workshop 2024”, baru-baru ini.

Program yang julung kalinya diadakan di Kota Kinabalu itu antara lain bertujuan memberikan pengenalan asas kepada pelbagai institusi dan agensi di negeri Sabah mengenai bahaya ancaman CBRNE yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia. 

Ia juga bagi memulakan inisiatif kerajaan negeri untuk mengorak langkah bagi mengenal pasti sebarang risiko dan juga ancaman CBRNE yang boleh berlaku di negeri ini, sekali gus mewujudkan pelan bencana yang mampan untuk bersedia menangani ancaman tersebut melalui penglibatan kesemua agensi yang menyertai bengkel tersebut.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Kepakaran Perubatan Kecemasan dan Trauma Negeri Sabah, Dr. Abd. Adzim E Arim Sasi. 

 Abd. Adzim berkata, bengkel CBRNE merupakan salah satu platform utama bagi memberikan ilmu pengetahuan, pendedahan dan juga kemahiran asas kepada petugas kesihatan dalam melakukan fasa respons dalam situasi bencana CBRNE.

“Sebagai sebahagian dari kesiapsiagaan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam menangani bencana CBRNE, JKNS telah membuat perancangan awal melalui pelan kontigensi bagi menghadapi ancaman atau bencana CBRNE ini khususnya di Sabah.

“Di samping itu, kakitangan yang dilatih boleh menjadi pelopor kepada pusat latihan CBRNE di rantau ini, khususnya untuk petugas KKM bagi meneruskan keberlangsungan latihan kakitangan di negeri Sabah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, pada tahun 2023 sahaja terdapat sebanyak enam kes CBRNE yang berlaku di Sabah. 

“Kes terakhir yang berlaku adalah pada bulan November 2023 di Tawau iaitu kejadian keracunan gas klorin Kolam Udang Pegagau Aquaculture di Kampung Wakuba yang telah melibatkan seramai enam mangsa dan seorang daripadanya terkorban dalam kejadian tersebut. 

“Justeru, adalah perlu untuk hospital-hospital dan kesihatan awam di negeri Sabah mendalami ilmu CBRNE ini bagi memberi persediaan kepada kakitangan agar lebih bersedia dengan ancaman alaf baru ini,” tambahnya.

Program dengan kerjasama Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Southeast Asia Regional Centre for Counter Terrorism (SEARCCT) dan Jabatan Bomba Negeri Sabah itu disertai oleh 250 peserta daripada pelbagai agensi di seluruh negeri.

Selain itu, program tersebut turut disokong oleh Jabatan Kimia Negeri Sabah, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Atomic Energy Licensing Board (AELB). 

Hadir sama, Timbalan Dekan FPSK, Prof. Madya Dr. Fairrul Kadir; Timbalan Ketua Bomba Negeri Sabah, Farhan Sufyan bin Borhan; Pengarah Bahagian Perancangan dan Latihan Pencegahan Keganasan (SEARCCT), Superitendan Yong Thian Foh serta Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Maria Suleiman. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular