HomeIsu tempatanPetugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

Read Time:2 Minute, 42 Second

Beaufort : Petugas tabung darah digesa untuk terus meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan secara berterusan demi keselamatan pesakit melalui darah yang dibekalkan.

Pakar Perubatan Transfusi Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth (HQE) II Dr.Shahnaz Irwani Sabri berkata, ia termasuklah melibatkan keselamatan penderma darah dan kakitangan yang bertugas.

Katanya, pembelajaran berterusan itu akan memberi kesan positif kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran petugas, melancarkan pengurusan program dan kempen derma darah sekaligus memberi kesan positif kepada jumlah kutipan darah di hospital.

“Aspek keselamatan darah yang dibekalkan, keselamatan penderma darah dan petugas seharusnya diterapkan dalam pemikiran petugas- petugas tabung darah di semua hospital dan menjadikan amalan dalam melaksanakan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Perasmian Penutup Bengkel ‘Privileging For Blood Bank Personnel’ yang berlangsung selama dua hari berakhir Khamis lalu di di Kolej Komuniti Beaufort, di sini baru-baru ini.

Bengkel tersebut menghimpunkan seramai kira-kira 30 petugas-petugas tabung darah antaranya Hospital Beaufort, Hospital Kuala Penyu, Hospital Sipitang dan hospital jemputan, Hospital Papar.

Program serupa bagi Zon Pedalaman Bawah pernah diadakan pada tahun 2019 di Hospital Beaufort, Jun lalu di Hospital Sipitang.

Pada bengkel kali ini, para peserta didedahkan dengan maklumat serta teknik terkini dalam mengendalikan peralatan dan prosedur, kaedah mempromosikan program-program derma darah, mengekalkan pendermaan ulangan serta mendapatkan penderma darah baru.

Para peserta juga di uji pada ujian teori dan amali OSCE (Observed Structured Clinical Examination) bagi mempastikan setiap peserta kompeten dan cemerlang dalam melaksanakan tugas mereka.

Shahnaz turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Beaufort dalam menyediakan lokasi program serta urusetia bersama Jabatan Patologi dan Transfusi Darah Hospital Beaufort dalam menganjurkan bengkel kali ini. –

Beaufort : Petugas tabung darah digesa untuk terus meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan secara berterusan demi keselamatan pesakit melalui darah yang dibekalkan.

Pakar Perubatan Transfusi Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth (HQE) II Dr.Shahnaz Irwani Sabri berkata, ia termasuklah melibatkan keselamatan penderma darah dan kakitangan yang bertugas.

Katanya, pembelajaran berterusan itu akan memberi kesan positif kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran petugas, melancarkan pengurusan program dan kempen derma darah sekaligus memberi kesan positif kepada jumlah kutipan darah di hospital.

“Aspek keselamatan darah yang dibekalkan, keselamatan penderma darah dan petugas seharusnya diterapkan dalam pemikiran petugas- petugas tabung darah di semua hospital dan menjadikan amalan dalam melaksanakan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Perasmian Penutup Bengkel ‘Privileging For Blood Bank Personnel’ yang berlangsung selama dua hari berakhir Khamis lalu di di Kolej Komuniti Beaufort, di sini baru-baru ini.

Bengkel tersebut menghimpunkan seramai kira-kira 30 petugas-petugas tabung darah antaranya Hospital Beaufort, Hospital Kuala Penyu, Hospital Sipitang dan hospital jemputan, Hospital Papar.

Program serupa bagi Zon Pedalaman Bawah pernah diadakan pada tahun 2019 di Hospital Beaufort, Jun lalu di Hospital Sipitang.

Pada bengkel kali ini, para peserta didedahkan dengan maklumat serta teknik terkini dalam mengendalikan peralatan dan prosedur, kaedah mempromosikan program-program derma darah, mengekalkan pendermaan ulangan serta mendapatkan penderma darah baru.

Para peserta juga di uji pada ujian teori dan amali OSCE (Observed Structured Clinical Examination) bagi mempastikan setiap peserta kompeten dan cemerlang dalam melaksanakan tugas mereka.

Shahnaz turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Beaufort dalam menyediakan lokasi program serta urusetia bersama Jabatan Patologi dan Transfusi Darah Hospital Beaufort dalam menganjurkan bengkel kali ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular