HomeUtamaKanak-kanak disyaki keracunan makanan selepas makan makanan dibeli bapanya - JKNS

Kanak-kanak disyaki keracunan makanan selepas makan makanan dibeli bapanya – JKNS

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilaporkan meninggal dunia kerana disyaki keracunan makanan di Sandakan baru-baru ini mempunyai sejarah makan makanan yang dibeli oleh bapanya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna berkata, kanak-kanak tersebut telah mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan.

“Kanak-kanak itu mempunyai sejarah makan makanan yang dibeli oleh bapanya pada 23 Julai lalu dan mengalami gejala cirit-birit, demam, dan hilang selera makan pada keesokkan harinya.

“Kanak-kanak ini mengalami sawan dan telah dibawa oleh ahli keluarga ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rawatan kecemasan seterusnya diberikan kerana beliau didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan.

“Kanak- kanak ini telah dimasukkan ke Wad Perubatan Pediatrik sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Asits berkata, maklumat awal yang diperolehi menyatakan bahawa ibu kanak- kanak tersebut juga ada makan makanan tersebut dan mengalami gejala yang sama.

Berikutan itu katanya, ibu kanak-kanak berkenaan telah diberikan rawatan di Wad Perubatan Perempuan Hospital Duchess of Kent (HDOK).

“Walaubagaimanapun, sejarah lengkap pergerakan serta pendedahan kes kepada makanan dan punca kematian masih dalam siasatan. Sementara itu, sampel makanan dan persekitaran diambil bagi tujuan menentusahkan punca kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Asits berkata, JKNS juga ingin menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala keracunan makanan. 

“JKNS dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Sandakan akan terus memantau situasi kejadian ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mesyuarat berhubung isu GISBH di Sabah diadakan bulan depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular