HomeUtamaBanduan lari dari mahkamah dan sembunyi dalam reban ayam, berjaya dicekup polis

Banduan lari dari mahkamah dan sembunyi dalam reban ayam, berjaya dicekup polis

Read Time:1 Minute, 15 Second

KENINGAU: Seorang banduan lelaki yang melarikan diri dari Mahkamah Majistret Keningau dijumpai bersembunyi dalam reban ayam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, pada jam lebih kurang 2.30 petang pada Isnin (29 Julai), suspek lelaki berusia 24 tahun sedang dibacakan hukuman oleh Majistret Keningau, Flavian Edward Henry di Kamar Mahkamah Majistret Keningau atas pertuduhan dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Sebaik sahaja hukuman penjara selama bulan dibacakan, suspek secara tiba-tiba telah melompat keluar dari kandang tertuduh, lalu menolak tingkap kaca dan melompat dari tingkat 2 dan terus sampai di atas bumbung garaj setinggi lebih kurang 2 meter, seterusnya melompat ke bawah dari bumbung garaj setinggi lebih kurang 4 meter dan terus berlari menghala ke pagar kawasan mahkamah sejauh lebih kurang 70 meter lalu memanjat keluar dan terus menghala ke jalan raya utama berhampiran Bulatan Rusa, Pekan Keningau dan gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Yampil berkata bertindak atas maklumat, pada jam lebih kurang 9.30 malam tadi, bertempat di kawasan perumahan kuarters kerajaan, berhampiran bangunan hospital lama Keningau, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau telah berjaya menangkap suspek semasa sedang bersembunyi di dalam reban ayam.

“Tangkapan dibawa balik ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut. Siasatan diteruskan,” katanya.

Terdahulu, suspek yang melarikan diri tu adalah antara
tujuh banduan dari lokap Balai Polis Keningau dibawa ke Mahkamah Keningau untuk sesi perbicaraan.

Menurut Yampil, suspek berkenaan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau termasuk kes jenayah narkotik.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular