HomeIsu tempatanGeng curi basikal di Tawau tumpas, dua suspek ditahan

Geng curi basikal di Tawau tumpas, dua suspek ditahan

Read Time:1 Minute, 30 Second

TAWAU: Dua suspek lelaki warga tempatan ditahan disyaki terlibat kes geng curi basikal di sekitar bandar Tawau pada 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek pertama berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan Polis dari Strike Team Balai Polis Tawau kira-kira jam 1.00 pagi ketika menjalankan tugas Op Kesan di sekitar kawasan Taman Ria 7, Tawau.

Menurutnya, semasa rondaan dilakukan, pihak polis mendapati seorang lelaki yang telah dikenal pasti terlibat dengan kes jenayah curi berada dalam keadaan mencurigakan berada di hadapan rumahnya.

“Semasa polis mendekati, suspek cuba melarikan diri dan bertindak agresif namun berjaya ditahan, pemeriksaan lanjut menemui dua peket plastik lutsinar kecil berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.03 gram di dalam poket seluar suspek.

“Susulan dari penahanan itu turut membawa kepada penemuan tiga buah basikal berlainan jenama yang disyaki dicuri dan disembunyikan di belakang rumah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Penemuan beberapa basikal dipercayai telah dicuri oleh suspek berkenaan.

Jasmin berkata, pihak polis juga berjaya menahan seorang lagi suspek warga tempatan berusia 51 tahun di kampung Tanjung Batu Darat, Tawau kira-kira jam 1.30 pagi.

Katanya, hasil serbuan itu, pihak polis turut menemukan sebuah basikal berjenama yang telah diubah suai disembunyikan di belakang rumah suspek.

“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek, polis menemui dua peket plastik lutsinar kecil berisi berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.09 gram di dalam poket seluar suspek,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis syabu dan masing-masing memiliki rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Kedua-dua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun keseksaan dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 15,000 dijangka meriahkan FPTA 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular