HomeIsu tempatanProgram CSR siswa UMS santuni murid SK Kukuro, Beaufort

Program CSR siswa UMS santuni murid SK Kukuro, Beaufort

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Siswa-siswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Non Residen bersama-sama Pusat Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) telah menyantuni murid-murid di SK. Kukuro, Beaufort menerusi penganjuran Program Santunan Kasih di sekolah tersebut, baru-baru ini.

Pengarah program, Siti Shazlinah Aripin berkata, seramai 25 pelajar NR UMS yang diketuai oleh beliau dan lapan pelajar dari Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) yang diketuai Ag.Ku Ade Az Zarief telah menyertai program tersebut.

“Program Tanggungjawab Sosial Masyarakat (CSR) ini bertujuan untuk menyantuni sekali gus memberi sumbangan khidmat masyarakat  kepada pihak sekolah dan murid-murid sekolah luar bandar dalam daerah Beaufort.

“Beberapa aktiviti diadakan seperti program Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan motivasi, penanaman anak pokok di kawasan sekolah dan lukisan mural di bangunan sekolah serta program gotong royong membersihkan sekitar premis sekolah,” katanya.

Menurut beliau, penganjuran program tersebut telah memberi manfaat kepada lebih 20 murid dan 10 tenaga kerja di sekolah tersebut.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Kukuro, Abdul Mikri Amit merakamkan penghargaan kepada pihak UMS yang berbesar hati untuk mengadakan program CSR buat julung kalinya di sekolah tersebut.

“Setinggi penghargaan diucapkan khususnya kepada Naib Canselor UMS dan Pihak PNRF serta JAKMAS NR atas inisiatif mengadakan program murni ini.

“Diharapkan agar program seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang,” katanya. 

Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Safni Kili turut senada dengan mengharapkan agar lebih banyak sekolah di daerah Beaufort akan terpilih untuk pelaksanaan program seumpama itu.

Sementara itu, Pengarah PNRF, Hasmi Hashim ketika berucap merasmikan penutupan program tersebut juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah atas kesudian menerima rombongan UMS.

“Pihak universiti amat menghargai komitmen tinggi dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini dengan penglibatan, sokongan dan kerjasama jitu yang telah diberikan oleh pihak sekolah.

“Semoga program ini akan meninggalkan impak yang positif kepada seluruh warga sekolah dan kerjasama yang terjalin ini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular