HomeUtamaPRN17 Sabah: Hajiji tidak nafi akan bekerjasama selain parti komponen GRS

PRN17 Sabah: Hajiji tidak nafi akan bekerjasama selain parti komponen GRS

Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor tidak menafikan akan bekerjasama mana-mana parti selain parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Beliau yakin kerjasama itu adalah kerana Sabah mempunyai pelbagai kaum dan ini untuk memastikan perpaduan di kalangan rakyat Sabah terus dikekalkan.

“Sekarang kita dalam GRS, tapi dalam kerajaan kita dapati ada bersama-sama kita iaitu Pakatan Harapan (PH) dan juga ada juga disebut PLUS kerana dalam PLUS ini wakil-wakil rakyat daripada UMNO/Barisan Nasional (BN) menyokong kerajaan jadi mereka masih dalam kerajaan kita, dikalangan mereka juga ada menteri dan ada pembantu menteri.

“Jadi mereka masih dalam kerajaan, kita mahu jangan gaduh-gaduh, kita mahu pastikan kita sama-sama membangunkan dan kita pastikan perpaduan di kalangan rakyat kita yang pelbagai kaum ini terus memberi kebaikan kepada kita semua,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Negeri Sabah di sini, hari ini.

Menurut Hajiji yang juga pengerusi GRS, senario politik di Sabah adalah unik kerana UMNO/BN masih ada di dalam kerajaan sekarang.

“Inilah uniknya Sabah, kalau kita perhatikan ada menteri dari BN/UMNO iaitu Datuk Ir Shahelmey Yahya, (Timbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya) walaupun dia digantung dan ada tiga pembantu menteri daripada UMNO/BN masih dalam kerajaan serta ramai lagi menjadi pengerusi, badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Hajiji turut memaklumkan mesyuarat bahagian Gagasan Rakyat di seluruh Sabah akan bermula 17 Ogos hingga akhir bulan September ini.

Manakala Mesyuarat Perhimpunan Agung Negeri Gagasan Rakyat akan diadakan pada bulan November yang akan datang ini.

Dalam mesyuarat hari ini, beliau telah mengarahkan semua bahagian untuk bersiap sedia bagi menyempurnakan mesyuarat di bahagian masing-masing.

“Kita berharap mesyuarat ini akan berjalan lancar dan rakyat atau pun ahli parti kita boleh mengeluarkan pandangan dan pendapat mereka di dalam mesyuarat bahagian masing-masing,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular