HomeUtamaDBKK masih beri peluang guna beg plastik

DBKK masih beri peluang guna beg plastik

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) masih memberi peluang kepada beberapa pengusaha premis sekitar bandaraya untuk menggunakan beg plastik meskipun penggunaannya tidak lagi dibenarkan sepenuhnya bermula 1 Ogos lalu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, tindakan itu diambil berdasarkan beberapa faktor selain turut mendapat permintaan daripada pengusaha premis terlibat.

“Perkembangan setakat ini cukup bagus, cuma memang ada permintaan daripada kedai-kedai mempunyai jenama sendiri. Mereka mahu masa yang agak panjang sedikit bagi menghabisman bekalan plastik tersebut.

“Itu adalah antara yang kita temui dan hadapi selepas sembilan hari pelaksanaan kempen ini diadakan. Tapi kebanyakkannya berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Pra Pelancaran Aplikasi Sabah Smart Parking oleh DBKK Holdings Sdn Bhd di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai sambutan orang awam terhadap kempen itu, Sabin berkata, setakat ini sambutan yang diberikan oleh orang awam adalah baik.

“Seperti biasa, peringkat permukaan memang akan ada rungutan tapi dalam rungutan itu pun mereka bekerjasama juga untuk menggunakan beg-beg kertas, bakul dan sebagainya,”‘ katanya.

Bermula 1 Ogos lalu, penggunaan beg plastik adalah tidak dibenarkan sepenuhnya menerusi kempen pengurangan penggunaan beg plastik.

Ia adalah sebagai satu usaha berterusan untuk memelihara persekitaran semula jadi bandar raya dan memberikan warisan alam yang lebih baik untuk generasi akan datang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular