HomeUtamaKontraktor ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM12,500

Kontraktor ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM12,500

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang kontraktor disyaki membuat tuntutan mengandungi butir matan palsu berkaitan pembekalan pakaian korporat sebuah Pejabat Pendidikan Daerah di negeri ini bernilai RM12,500.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurutnya, suspek lelaki berusia sekitar 40-an itu telah ditahan kira-kira jam 3 petang semalam (9 0gos) ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023.

“Suspek disyaki telah membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan pakaian korporat bernilai kira-kira RM12,500 sedangkan pembekalan yang hanya dibuat bernilai kira-kira RM4,500.

“Hasil siasatan turut menyita wang tunai kira-kira RM8,000 yang disyaki wang pembekalan yang tidak dilaksanakan dan telah diserahkan suspek kepada seorang Pegawai Pendidikan Daerah pada akhir tahun 2023,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Antara 5 Negeri Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular