HomeUtamaBelia perlu isi kemerdekaan sebaiknya - Matbali

Belia perlu isi kemerdekaan sebaiknya – Matbali

Read Time:1 Minute, 4 Second

Sipitang: Golongan belia khususnya di negeri ini perlu mengisi kemerdekaan dengan sebaiknya selain menjadi generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah berkata, golongan belia juga harus memahami erti kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan sebaik mungkin

“Saya mengharapkan kepada semua belia supaya akan terus memikirkan bagaimana cara untuk mengisi kemerdekaan.

“Seperti kita maklum, mereka ini merupakan pelapis dan juga pemimpin akan datang maka sudah tentu yang akan mencorakkan masa depan negara ini adalah belia.

“Jadi, kita mengharapkan supaya belia akan terus bersama berganding bahu dan berkolaborasi untuk memastikan supaya mereka terus memartabatkan kemerdekaan serta memastikan golongan ini menjadi anak yang merdeka dan mengisi kemerdekaan sebaik mungkin.

“Kita mengharapkan mereka tidak terlibat dengan gejala sosial yang merunsingkan dan mendatangkan kegelisahan di kalangan ibu bapa, masyarakat dan pemimpin masa kini.

“Ini amatlah penting kerana mereka adalah modal insan yang perlu kita gilap dan kita pertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Sipitang di Esplanade Sipitang yang turut dihadiri Pegawai Daerah, Awang Raimy Pg Abd Rahman.

KMJG Negeri Sabah 2024 yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor kini masuk hari keempat selepas menghabiskan perjalanan sejauh 320km melibatkan 15 hentian dan merentasi enam daerah sebelum tiba ke Sipitang sebagai daerah ketujuh.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular