HomeUtamaIndividu lelaki didakwa di mahkamah, kes bunuh anak pemilik restoran terkenal di...

Individu lelaki didakwa di mahkamah, kes bunuh anak pemilik restoran terkenal di Sandakan

Read Time:50 Second

SANDAKAN: Seorang individu lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sandakan hari ini atas tuduhan membunuh anak pemilik restoran terkenal di Sandakan Julai lalu.

Tertuduh warga tempatan Mohamad Zulfaizzie Hanafie Mohd Firdaus, 23, mengaku faham di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Faezah Jafry, namun tiada sebarang pengakuan dari tertuduh direkodkan.

Tertuduh kemudiannya diarahkan ditahan di bawah reman penjara di bawah Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh.

Menurut kertas pertuduhan, Mohamad Zulfaizzie telah dituduh bersama-sama dua orang lagi yang masih bebas di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun yang sama atas kesalahan membunuh seorang lelaki Mohammed Noufal Abdul Rasheed, 35, warganegara India yang merupakan anak pemilik rangkaian restoran terkenal di Sandakan yang dilaporkan hilang pada 21 Julai 2024. Kesalahan itu dilakukan di kawasan semak berhampiran ladang kelapa sawit Jalan Sungai Memanjang, Sandakan.

Pendakwaan dilakukan Asisten Superintendan Zamri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 10 September depan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular