HomeUtamaSabah tuan rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Sept ini

Sabah tuan rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Sept ini

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Malaysia diadakan secara bergilir-gilir antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, dan tahun ini, giliran Sabah menjadi tuan rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya ketika mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2024 Bil. 1 Tahun 2024 bersama Menteri Perhubungan Fahmi Fadzil di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.

“Mesyuarat hari ini adalah kesinambungan daripada Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Malaysia 2024 Bil 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perhubungan dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar pada 5 Ogos lalu,” katanya.

Menurutnya, sebelum mesyuarat Isnin lalu, di peringkat negeri Sabah, beberapa mesyuarat penyelarasan telah diadakan seperti peringkat jawatankuasa induk (yang dipengerusikan oleh beliau) dan juga di peringkat jawatankuasa kerja bagi memastikan sambutan tahun ini berjalan dengan baik.

“Terdapat 14 jawatankuasa kerja untuk mengawasi persiapan yang diperlukan.

“Saya berharap melalui mesyuarat hari ini, kita dapat bekerjasama untuk memastikan pelaksanaan sambutan Hari Malaysia 2024 akan mencapai kejayaan yang memberangsangkan.

“Dengan kerjasama, sokongan, dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak, saya yakin sambutan Hari Malaysia tahun ini akan berjalan lancar dan meriah,” ujar Christina.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perhubungan Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Josie Lai, serta wakil Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan.

RELATED ARTICLES
Utama

Mesyuarat berhubung isu GISBH di Sabah diadakan bulan depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular