HomeSukanSUKMA 2024 : Jaga nama baik Sabah sepanjang temasya - Ellron

SUKMA 2024 : Jaga nama baik Sabah sepanjang temasya – Ellron

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Semua atlet mewakili Sabah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang bermula secara rasmi Sabtu ini diingatkan untuk sentiasa menjaga nama baik negeri sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, pihaknya juga mahu para atlet dapat memastikan tahap disiplin sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Seperti yang kita maklum bahawa Sabah telah bersedia lebih awal untuk menghadapi SUKMA kali ini dan pasukan-pasukan dari negeri kita juga sudah ada yang berlepas ke venue-venue pertandingan.

“Ini adalah bagi tujuan menyesuaikan diri dengan pusat-pusat pertandingan itu. Nasihat saya, sudah tentu kita mengharapkan satu disiplin yang kuat di peringkat atlet itu dan bawalah nama baik Sabah, jangan ada masalah di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Hari Sukan Negara (HSN) Sabah di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan.

Ellron berkata, pihaknya juga berharap agar para atlet tidak mensia-siakan peluang beraksi pada temasya kali ini 

“Usahakan untuk terbaik,  untuk negeri Sabah, mereka ini sudah berlatih. Jangan sia-siakan. Jangan terlalu ‘confident’.

“Jadi anggap saja memang ada kejutan. Termasuk juga Sbah ada kejutan juga. Jadi kita mengharapkan suasana di sana itu tenang selain pastikan keselamatan diri juga dijaga,” katanya.

Pada SUKMA kali ini, Sabah mensasarkan untuk membawa pulang 40 pingat emas menerusi 35 jenis sukan yang dipertandingkan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Alto, Martin ketuai barisan kejurulatihan sementara Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular