HomeSukanSUKMA 2024 : Atlet Sabah raih pingat emas bakal terima insentif RM10,000

SUKMA 2024 : Atlet Sabah raih pingat emas bakal terima insentif RM10,000

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kuching: Kerajaan Negeri Sabah menaikkan ganjaran insentif kepada pemenang pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setiap atlit Sabah yang menang pingat emas SUKMA kali ini akan menerima insentif sebanyak RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini.

Katanya, bagi pemenang pingat perak dan gangsa, Kerajaan Negeri akan menunggu cadangan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri selepas selesai SUKMA Sarawak.

“Saya berharap kontinjen Sabah akan berjaya mencapai sasaran sebanyak 40 pingat emas pada SUKMA XXI Sarawak.

“Saya mahu atlit Sabah bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi dan menjaga disiplin diri demi nama baik negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Skuad Wushu Sabah yang berjaya menyumbang sebanyak tiga pingat emas dan satu perak pada SUKMA Sarawak XXI di Hotel Pullman, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr.Safar Untong dan Setiausaha Tetap KBS Sabah, Datuk Mansur Asun yang juga `Chief De’ Mission’ Sabah.

Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada skuad Wushu yang berjaya menyumbang pingat emas dan perak pertama untuk Sabah.

Tiga emas yang dimenangi oleh Skuad Wushu ialah menerusi Amirah Sofea Azlan dalam acara sanda Wushu 45-48kg wanita, Dione Babyline Fely (sanda kategori 48- 52kg wanita) dan Fyenlly Himon (sanda 48-52kg lelaki). Pingat perak dimenangi oleh Ericson Bong Cheng Loong (toulu gunshu lelaki). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular