HomeUtamaPengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO meninggal dunia

Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO meninggal dunia

Read Time:48 Second

CYBERJAYA — Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman, 59, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Putra Heights petang tadi.

Berita kematian tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah.

Allahyarham sebelum ini pernah mengalami serangan jantung dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO)  memaklumkan bahawa Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik di PMO, Rozaid Abdul Rahman telah meninggal dunia pada petang tadi kerana masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Allahyarham yang berusia 59 tahun sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu.

Allahyarham dilantik menjawat tugasan tersebut pada 23 Mei 2023. 

Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, dan diampunkan segala dosa Almarhum serta diberi tempat istimewa di sisiNya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular