HomeIsu tempatanAl Hambra, Mohd Rashid dianugerahkan lencana Sayap Kehormat

Al Hambra, Mohd Rashid dianugerahkan lencana Sayap Kehormat

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu: Komander Rejimen 507 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Datuk Al Hambra Juhar dan Mejar (K) Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir semalam dianugerahkan lencana Sayap Kehormat.

Acara tersebut disempurnakan Komander VAT 69, Senior Asisten Komisioner (SAC) Hamzah Hashim dan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

Turut menyaksikan majlis pemakaian lencana tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Komander Briged Sabah, SAC Datuk Abdul Rani Alias.

Menurut Jauteh, penganugerahan tersebut melambangkan hubungan erat di antara pasukan Polis DiRaja Malaysia dengan Negeri Sabah, di samping mengiktiraf bakti yang dihulurkan kepada masyarakat sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

“Penganugerahan kepada kedua-dua penerima iaitu Datuk Al Hambra dan Datuk Rashid ini merupakan sebagai tanda PDRM dan Negeri Sabah khususnya Istana Seri Kinabalu mempunyai hubungan silaturahim yang amat erat.

“Ini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada sumbangan yang mereka berikan sepanjang mereka berkhidmat di Negeri Sabah ini sebagai askar wataniah,” katanya.

Dalam pada itu, Al Hambra yang ditemui media merakamkan penghargaan kepada PDRM dan menyifatkan penganugerahan tersebut bukan sahaja untuk dirinya tetapi pengiktirafan untuk seluruh warga Rejimen 507 yang bertungkus lumus menjayakan OP Penawar semasa pandemik Covid-19.

“Ini bukan sahaja penghargaan untuk saya sendiri tetapi untuk seluruh warga askar wataniah siri 500 di Malaysia ini.

“Saya telah berkhidmat selama enam tahun dan selama tempoh itu, banyak kenangan memori yang telah saya tempuhi khususnya semasa Covid-19 di mana kita telah dikerah bertugas selama tiga tahun dalam OP Penawar.

“Selama itulah juga, kita telah melakukan bermacam-macam tugas untuk membantu PDRM di kebanyakan Sekatan Jalan Raya (SJR), pengawalan di Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Sementera itu, Mohd Rashid yang juga Setiausaha Perhubungan Khas Kepada Tun Juhar juga menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada PDRM atas pengiktirafan terbabit.

“Pengiktirafan ini ditujukan khas buat Askar Wataniah 507 dan saya telah dilantik sebagai Mejar K AW sejak tahun 2021 hingga kini.

“Antara tugas-tugas yang telah saya sertai bersama Komander 507 ialah mengiringi Komander 507 melawat ke setiap SJR semasa Covid-yang lalu. jutaan terima kasih kepada Komander VAT 69,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatanUtama

Seekor Buaya ditembak mati selepas baham pekerja ladang di Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular