HomePolitikPenduduk PDM Karagasan disaran sokong calon GRS pada PRN17 - Dr Joachim

Penduduk PDM Karagasan disaran sokong calon GRS pada PRN17 – Dr Joachim

Read Time:1 Minute, 59 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyarankan penduduk kampung di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Karagasan untuk menyokong siapa sahaja yang akan dicalonkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Dr Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata demikian semasa lawatan kerjanya di beberapa kampung di PDM Karagasan di sini selama dua hari bermula 19 Ogos lalu.

Semasa lawatan tersebut, Dr. Joachim bersama jentera pentadbiran DUN Kundasang telah membuat tinjauan tapak mini dewan Kampung Gusi yang bakal dibina pada tahun ini.

Beliau turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung itu.

Seterusnya, Dr. Joachim telah merasmikan balai raya baharu di Kg Agan.

Pada Majlis Bersama Pemimpin yang diadakan di Kg. Karagasan kemudiannya yang dihadiri penduduk dari tujuh buah kampung dalam PDM tersebut, beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) itu meminta agar Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus bekerjasama dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang dalam semua aspek berkaitan termasuk memastikan kestabilan politik.

Dr. Joachim turut berterima kasih atas sokongan yang diberikan sehingga ke hari ini dan berharap sokongan akan berkekalan sehingga Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti.

“Penduduk kampung di PDM disarankan untuk menyokong siapa sahaja yang akan dicalonkan GRS pada PRN17 akan datang,” tegasnya.

Dalam pada itu, Dr Joachim juga menolak tohmahan yang mendakwa beliau hanya muncul pada waktu pilihan raya sahaja, menjelaskan bahawa beliau sudah beberapa kali mengadakan lawatan ke PDM itu.

“Kerajaan telah banyak melaksanakan projek pembangunan untuk manfaat rakyat di DUN Kundasang seperti bekalan elektrik, projek jalan raya yang sedang berjalan menuju ke SMK Ulu Sugut/ PDM Kaingaran dan ke Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Kg. Mansalu serta bekalan air bersih sejak menjadi wakil rakyat di DUN Kundasang.

“Pembangunan seperti ini akan diteruskan oleh kerajaan sekarang yg diterajui oleh GRS,” katanya.

Dalam majlis itu, Dr. Joachim turut menyerahkan sumbangan enjin bot kepada Pengerusi JKKK Kg. Agan, Kg. Namaus, Kg. Gusi dan Kg. Karagasan.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik beliau, Yubidi Gompoyo; Ketua Daerah I, OKK Muhasip Haji Ruman; Ketua Daerah II, Dominic Ganie; Pemaju Mukim, Ratimin Kokonut; Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) yang juga pengerusi penganjur, Ajip Basanun; wakil kepada Ahli Parlimen Ranau, Luise Sinti; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani; penceramah CIDB, Ronie Demok; Wakil-wakil Ketua Anak Negeri, Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi-pengerusi JKKK.

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular