HomeUtamaKiulu jadi lokasi pelaksanaan perintis SMR

Kiulu jadi lokasi pelaksanaan perintis SMR

Read Time:1 Minute, 5 Second

Tuaran : Daerah Kecil Kiulu akan menjadi lokasi pelaksanaan perintis Sistem Bacaan Meter Sendiri (SMR) yang akan dilaksanakan menjelang akhir bulan ini.

Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, inisiatif yang diambil SESB itu adalah bagi mengatasi cabaran-cabaran berkaitan pembacaan bil-bil elektrik terutamanya di kawasan perkampungan dengan bentuk muka bumi yang mencabar dan akses perhubungan yang terhad.

“Hari ini (semalam), saya telah mempengerusikan sebuah mesyuarat di SESB Tuaran mengenai satu projek perintis yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

“Projek yang dikenali sebagai SMR ini merupakan inisiatif SESB untuk mengatasi cabaran-cabaran berkaitan pembacaan bil-bil elektrik terutamanya di kawasan perkampungan dengan bentuk muka bumi yang mencabar dan akses perhubungan yang terhad.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan. Pelancaran program ini akan diadakan pada 27 Ogos 2024 dan daerah kecil Kiulu akan menjadi projek perintis bagi program ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, pihaknya berharap  agar projek perintis itu akan berjalan lancar sebelum diperluaskan di kawasan lain sekali gus memberikan manfaat kepada para pengguna sekalian.

“Saya berharap, dengan doa dan usaha kita bersama, projek perintis ini akan berjalan lancar sebelum diperluaskan di kawasan lain sekali gus memberikan manfaat kepada para pengguna sekalian,” katanya. – SABAH MEDIA / FB Madius Tangau

RELATED ARTICLES
Utama

Premier Sarawak dikurniakan darjah ‘Seri Panglima Darjah Kinabalu’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular