HomeIsu tempatanPersatuan Alumni komited bantu tingkatkan kualiti pendidikan SM Sung Siew

Persatuan Alumni komited bantu tingkatkan kualiti pendidikan SM Sung Siew

Read Time:53 Second

SANDAKAN: Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sung Siew prihatin dan komited untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah itu.

Pengerusinya (2024-2025) Johnny Lim memaklumkan persatuan itu telah berjaya menjalankan pengambilan ahli baharu pada Mei 2024.

“Inisiatif ini meningkatkan keahlian persatuan dan mengumpul dana yang besar untuk menyokong alma mater, SM Sung Siew.

“Kemuncak memperkasa keahlian persatuan ini ialah menyumbangkan sebanyak 450 kerusi plastik kepada sekolah.

“Kerusi ini akan menggantikan kerusi lama dan usang, memastikan pelajar mempunyai persekitaran yang selesa untuk pembelajaran mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Johnny, sumbangan ikhlas ini menekankan komitmen persatuan alumni untuk meningkatkan pengalaman pendidikan kepada pelajar semasa.

Johnny dan pasukannya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang mendedikasikan masa dan sumbangan mereka untuk menjayakan aktiviti tersebut.

“Kami amat menghargai sokongan daripada ahli kami. sumbangan mereka telah membuat perubahan ketara dalam kehidupan pelajar di SM Sung Siew,” katanya sambil menambah pihak persatuan akan meneruskan usaha pembiayaan penempatan semula untuk bangunan baharu sekolah berkenaan.

Persatuan itu juga berharap dapat meneruskan usaha menyokong sekolah dan memupuk komuniti yang kuat di kalangan alumninya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatanUtama

Seekor Buaya ditembak mati selepas baham pekerja ladang di Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular