HomeSukanSUKMA 2024 : Sabah sekadar raih 2 Perak dan 5 Gangsa hari...

SUKMA 2024 : Sabah sekadar raih 2 Perak dan 5 Gangsa hari ini

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kuching : Sabah tidak berjaya meraih sebarang pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak hari ini dan hanya meraih dua perak dan lima gangsa setakat jam 7.30 malam tadi.

Pingat perak Sabah berjaya diraih menerusi sukan angkat berat bagi acara Snatch-Clean & Jerk lelaki tidak melebih 73 kilogram yang diwakili Sharon Jastine Silas dengan jumlah mata 251.

Manakala satu lagi pingat perak dihadiahkan atlet olahraga bagi acara 400 meter lelaki yang diwakili Muhammad Khalil Helmi dengan catatan masa 48.05s.

Olahraga hari ini menghadiahkan tiga pingat gangsa menerusi acara lompat bergalah oleh Samantha Mae Godfrey Binting dan, Maryjane Juberin menerusi acara rejam lembing wanita dengan pungutan mata 39.01m.

Selain itu, atlet 3,000 meter lari berhalangan wanita Ledia Engku turut menghadiahkan gangsa buat Sabah.

Akuatik renang turut menghadiahkan dua gangsa menerusi acara 800 meter gaya bebas wanita yang diwakili Chu Xin Ying Chu.

Di arena sama, pasukan renang 4 x 100 meteri gaya bebas wanita Sabah yang diwakili Chu Xin Ying Chu; Laura Yen Yie Lee; Annabelle Frederic  dan Loe Yie Bing menghadiahkan gangsa kelima Sabah hari ini.

Sehingga jam 7.30 malam, Sabah menduduki tangga ketujuh dengan meraih 16 emas; 16 perak dan 35 gangsa. – SABAH MEDIA / FOTO KBS Sabah

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular