HomeUtamaBerhati-hati ketika melakukan aktiviti berdekatan pepasangan elektrik - SESB

Berhati-hati ketika melakukan aktiviti berdekatan pepasangan elektrik – SESB

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menggesa orang awam untuk sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti berdekatan dengan pepasangan elektrik milik SESB.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata, apa-apa aktiviti yang dilakukan di bawah atau berdekatan dengan tiang dan talian pembekalan elektrik yang bervoltan tinggi adalah amat merbahaya.

“Antara aktiviti berisiko yang boleh mengundang kepada terjadinya renjatan elektrik termasuklah memancing di kawasan kolam atau tasik di bawah talian, bermain layang-layang atau kapal terbang model kawalan berhampiran talian bekalan elektrik dan juga menggunakan tanah di bawah talian pembekalan elektrik untuk tujuan padang permainan, sukan ataupun berkaitan pasar awam.

“ Semua pencawang dan perpasangan elektrik adalah kawasan yang berisiko terkena renjatan elektrik dan apa jua aktiviti yang dilakukan boleh mengundang bahaya jika mengabaikan faktor keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Jelas beliau, aktiviti-aktiviti sedemikian boleh mencetuskan renjatan elektrik dan percikan arca (flashover) yang mengundang bahaya, berisiko tinggi, merosakkan harta benda malahan boleh maragut nyawa.

Dalam masa yang sama, menurut Yusmanizam, SESB turut aktif mempergiatkan program kesedaran tentang keselamatan elektrik dengan menghebahkan langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil di media sosial, akhbar dan radio supaya tahap kesedaran awam semakin meningkat.

Sehubungan dengan itu, katanya, SESB memohon jasa baik semua agar mendapat nasihat dari pegawai SESB tentang jarak yang perlu dipatuhi untuk sebarang aktiviti yang ingin dilakukan berdekatan dengan pepasangan elektrik milik SESB.

“SESB komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai dan SESB menggesa agar semua peka dan mematuhi garis panduan keselamatan apabila berada berdekatan dengan pepasangan milik SESB,” katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menghubungi 15454, Whatsapp di talian 019-8525427 dan melalui aplikasi mySESB untuk membuat laporan atau aduan berkenaan dengan tiang tumbang, tiang atau talian dipenuhi pokok menjalar atau talian elektrik terputus.

RELATED ARTICLES
Utama

200 jemaah hadir Majlis Khatam Al-Quran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular