HomeUtamaMajlis Tenaga Sabah lulus projek penjanaan kapasiti 700 megawatt

Majlis Tenaga Sabah lulus projek penjanaan kapasiti 700 megawatt

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu: Majlis Tenaga Sabah (MTS) dalam mesyuarat keduanya telah meluluskan beberapa projek kritikal untuk pembangunan penjanaan berjumlah kapasiti 700 Megawatt ke arah memulihkan Sistem Grid negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara projek utama itu ialah Projek Hidro Elektrik dan Loji Janakuasa Gas Asli bagi memastikan keterjaminan bekalan elektrik yang mencukupi di negeri ini pada masa sekarang dan akan datang.

Katanya, mesyuarat MTS juga mendengar maklumbalas daripada Energy Commission of Sabah (ECoS) berkenaaan perkembangan projek-projek penjanaan penting lain yang telah diambil tindakan susulan keputusan yang telah dibuat pada mesyuarat MTS pertama bulan Jun lalu.

“Ini termasuklah keputusan keatas perlaksanaan projek-projek sumber tenaga masa hadapan iaitu potensi dan kaedah pembangunan hidro elektrik secara meluas di Sabah menerusi kajian Sabah Hydro Development Masterplan yang sedang dilaksanakan oleh ECoS, serta kaedah pembangunan loji Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) melalui konsep Projek Perintis Permulaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Kedua MTS di Menara Kinabalu di sini semalam.

Hajiji berharap segala usaha yang dilaksanakan itu akan mendatangkan manfaat terbaik dalam merealisasikan pencapaian tenaga yang berdayaharap, mampu milik dan mampan untuk masa kini dan akan datang.

Katanya, ini adalah selari dengan Pelan Induk Tenaga – Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040 (SE-RAMP 2040) untuk kemajuan Sabah dan memberi manafaat kepada rakyat negeri ini.

MTS ditubuhkan berikutan penyerahan kuasa kawal selia tenaga daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan untuk menggantikan Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular