HomeUtamaBCV '24 perkukuh perpaduan nasional melalui pendidikan & budaya di Sabah

BCV ’24 perkukuh perpaduan nasional melalui pendidikan & budaya di Sabah

Read Time:2 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Program Borneo Cultural Voyage 2024 (BCV ’24) yang berlangsung dari 10 hingga 15 Ogos 2024 di Sabah telah berjaya dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ketua Unit Dokumentasi Program BCV ’24 KTDI, UTM Muhammad Ikhwan Nurkhairulnizam berkata, program bertemakan “Pendidikan dan Budaya Borneo: Merentasi Warisan,” bertujuan untuk mewujudkan integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia dan Sabah melalui pemahaman dan penghayatan yang mendalam terhadap perbezaan budaya, perspektif dan gaya hidup.

Beliau berkata, program ini juga bertujuan untuk mengkaji pengaruh sosiobudaya dalam kalangan pelajar di Sabah dan Johor bagi melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

“Selain ia juga memupuk kemahiran daya saing pelajar dalam bidang kepimpinan, kreativiti dan inovasi melalui penglibatan sosial dan pemindahan pengetahuan antara pelajar UTM dan pelajar UMS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, BCV ’24 menampilkan enam sub-program utama yang menarik minat pelbagai pihak. Program pertama, Sebagai pengisian sebelum acara utama, pada 11 dan 14 Ogos 2024.

“Para peserta juga berpeluang meneroka keindahan semula jadi Sabah melalui program “Bersatu Bersama Alam,” meliputi destinasi seperti Poring Hot Spring, Bonbon Fish Spa, Kinabalu Park, Jambatan Gantung Tamparuli, Muzium Sabah dan Pantai Tanjung Aru,” katanya.

Seterusnya program kedua, “Belajar Satu Keperluan Bukan Kehendak,” diadakan di SMK Matupang Jaya, Ranau pada 12 Ogos 2024.

Memasak bersama penduduk kampung.

Program tersebut menekankan kepentingan pendidikan dengan menggalakkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, khususnya ke menara gading.

Sesi perkongsian oleh Dr. Muhammad Syahir Sarkawi mengenai kepentingan belajar dan Christy See Jing Von berkongsi tentang perjalanan beliau melanjutkan pelajaran, turut menarik minat pelajar tingkatan 4 yang terlibat dalam sesi perbincangan kumpulan.

Pada hari sama, program “Gabungan Citarasa” di Kampung Sagindai Baru, Ranau, menjadi medan pertukaran sajian antara Johor dan Sabah, di mana hidangan Mee Bandung dari Johor dan Nasi Linopot dari Sabah menjadi tumpuan.

Menurut Muhammad Ikhwan, program ini juga melibatkan sumbangan bekalan makanan kepada 13 keluarga asnaf di kampung tersebut, dilakukan secara berperingkat untuk memastikan semua bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Malamnya, “Malam Seiring Purnama” berlangsung di kampung yang sama, di mana pertukaran budaya antara Johor dan Sabah disemarakkan dengan persembahan zapin oleh pasukan UTM dan tarian sumazau oleh penduduk kampung.

Persembahan UMS.

“Makanan yang disediakan pada petang tersebut turut dihidangkan, menjadikan suasana malam itu penuh dengan semangat perpaduan dan keakraban,” ujarnya.

Manakala pada 14 Ogos 2024, Program “Simposium Wawasan Budaya” di Universiti Malaysia Sabah (UMS) membincangkan bagaimana masyarakat Sabah mampu mengekalkan institusi kebudayaan walaupun telah berusia ratusan tahun.

Merakamkan gambar kenangan di pantai UMS.

Beliau berkata, forum ini menampilkan perbincangan berwibawa dari Azizul Azman, Pegawai Jabatan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTM, dan Alan James, Ketua Bahagian Kebudayaan dan Keseniaan UMS, dengan Amir Haziq bertindak sebagai moderator.

Katanya, banyak perkara yang telah ditekankan pada sesi forum tersebut antaranya langkah yang perlu diambil oleh generasi muda untuk mengekalkan budaya warisan yang sedia ada dengan mengadaptasi teknologi terkini.

Gambar kenangan di Muzium Perubatan UMS.

Program tersebut diakhiri dengan “Gema Budaya Serantau,” yang juga diadakan di UMS menyaksikan pertukaran budaya antara Johor dan Sabah melalui persembahan zapin oleh UTM dan tarian murut nabai oleh UMS. BCV ’24.

Justeru itu, Muhammad Ikhwan berkata program ini bukan sahaja mencapai objektif utamanya tetapi juga memperkukuh jalinan hubungan antara pelajar dan komuniti dari kedua-dua negeri, seterusnya mengangkat semangat perpaduan dan patriotisme melalui pendidikan dan budaya.

“Program ini diharapkan dapat menjadi platform tahunan yang terus memperkukuh hubungan antara pelbagai etnik di Malaysia, sekaligus mempromosikan nilai-nilai perpaduan dan keharmonian dalam kalangan generasi muda,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular