HomeUtamaHargai persamaan, hormati perbezaan - Julita

Hargai persamaan, hormati perbezaan – Julita

Read Time:58 Second

Matunggong:  Masyarakat majmuk khususnya di negeri ini perlu terus menghargai persamaan serta menghormati perbezaan antara kaum, bangsa dan agama.

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Julita Mojungki berkata, masyarakat tidak boleh mendabik dada dengan menganggap perpaduan yang dinikmati akan berkekalan.

“Dalam masyarakat majmuk seperti di Sabah toleransi antara satu sama lain amat penting agar perpaduan yang dinikmati pada masa ini dapat dikekalkan.

“Perbezaan agama, bangsa dan kaum dikalangan masyarakat majmuk perlu dihormati manakala apa jua persamaan hendaklah dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Matunggong.

Julita juga menyeru agar masyarakat setempat menghormati Jalur Gemilang dan Bendera Sabah dengan mengibarkannya dengan cara yang betul.

“Meskipun ingin melupuskan Jalur Gemilang serta Bendera Sabah hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan tertib bukan dengan membuangnya begitu sahaja sebagai tanda hormat,” katanya.

Selain itu, beliau mengalu-alu kedatangan Konvoi KMJG ke Matunggong dan berharap agar masyarakat menyahut seruan kempen 1 Rumah dan 1 Jalur Gemilang serta mengibarkan bendera Sabah di premis masing-masing.

Dalam majlis sama, Julita turut menandatangani buku catatan perjalanan KMJG serta melakukan flag off kepada konvoi untuk menuju ke destinasi seterusnya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular