HomeUtamaSESB lancar projek rintis Self Meter Reading di Kiulu

SESB lancar projek rintis Self Meter Reading di Kiulu

Read Time:1 Minute, 30 Second

KIULU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah melancarkan projek rintis Self Meter Reading (SMR) di kawasan Kiulu sempena Program SESB Bersama Ketua Komuniti di Dewan Terbuka, Pekan Kiulu di sini, hari ini.

Program tersebut dianjurkan oleh SESB dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kiulu, dan Pusat Khidmat Parlimen P. 170 Tuaran.

Gimik pelancaran SMR disempurnakan oleh Pengerusi SESB merangkap Ahli Parlimen P. 170 Tuaran
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir.Ts. Mohd Yaakob Hj. Jaafar berkata SMR akan memudahkan proses bacaan bil elektrik yang bukan sahaja lebih tepat, tetapi juga lebih efisien dan mesra pengguna.

“Dengan SMR, pengguna boleh membaca meter elektrik mereka sendiri dan menyerahkan bacaan tersebut kepada SESB melalui Aplikasi WhatsApp,” katanya semasa berucap pada program itu.

Selain memberi penerangan mengenai SMR, Mohd Yaakob berkata, program itu juga ada menerangkan mengenai Keselamatan Bekalan Elektrik, makluman mengenai Aplikasi mySESB dan makluman mengenai proses permohonan bekalan elektrik.

Jelasnya, program ini juga merupakan kesinambungan daripada Program Hari Bersama Pelanggan dan Taklimat Bersama Pemimpin Komuniti yang sebelum ini pernah dilaksanakan oleh SESB dan kini digabungkan sebagai Program SESB Bersama Ketua Komuniti dan akan dilaksanakan di semua bandar-bandar seluruh negeri Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

“Program serta usaha berterusan seperti ini adalah perlu sebagai satu platform untuk SESB memperkenalkan dan menyebarluaskan perkhidmatan yang disediakan untuk pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dalam ucapannya meluahkan ribuan terima kasih kepada pihak SESB kerana memilih Kiulu untuk melaksanakan projek rintis SMR.

“Saya juga menyeru masyarakat di Pekan Kiulu ini untuk mengambil manfaat daripada program yang dilaksanakan oleh SESB pada hari ini.

“Semoga program pada hari ini akan mencapai objektifnya dan memberi manfaat khususnya kepada masyarakat setempat di Kiulu,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular