HomeGaya hidupAlbum '3 Suara' artis tempatan Sabah dilancar

Album ‘3 Suara’ artis tempatan Sabah dilancar

Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Borneo Music Records (BMR) memertabatkan bakat artis tempatan Sabah dengan menerbitkan sekali gus melancarkan album terbarunya untuk dipersembahkan kepada para peminat industri muzik tanah air.

Album di bawah dana kandungan digital menelan kos perbelanjaan keseluruhan lebih RM100,000 melalui Kementerian Digital dikendalikan oleh Mycreative telah memilih ‘3 Suara’ sebagai tajuk bagi album terbaru ini dan Afiq, Dhania dan Rich merupakan artis tempatan, anak jati Sabah terbabit dalam pembikinan album ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BMR selaku Penerbit Album, Jasnie Mohd Yaakub berkata, pembikinan album 3 Suara yang mengambil masa enam bulan sejak Febuari lalu adalah hasil kreativiti dan inovasi dalam muzik tempatan yang menampilkan gabungan penyanyi berbakat besar Afiq, Dhania dan Rich.

“Ketiga-tiga artis ini dipilih kerana mereka mempunyai keunikan bakat dari pelbagai genre dan gaya muzik.

“Setiap lagu dalam album ini mengambarkan perjalanan artistik dan emosi mendalam yang ingin disampaikan oleh artis dengan yang memikat dan lirik penuh makna,” katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Menurut Jasnie, album 3 Suara memaparkan beberapa karya baharu yang menarik dan menunjukkan keupayaan artis dari segi vokal, selain dari melibatkan pemuzik dan karyawan tempatan.

“Lagu-lagu dalam album ini sudah dikeluarkan pada 23 ogos 2024 yang lalu, dan boleh didengar di semua platform digital.

“Album 3 Suara yang dilancar terdiri daripada lagu berjudul Aku (Afiq), Maafkan (Dhania) dan Khilaf Semalam (Rich),” katanya.

Mengulas lanjut, Jasnie berkata, Afiq, Dhania dan Rich adalah finalist Bintang Suara Impian yang dianjurkan AJ Production pada tahun 2021.

“Lagu-lagu yang dipersembahkan tadi adalah lagu yang masuk final, jadi dari 2021 hingga kini ramai yang tertanya-tanya lagu ini bila akan dirakamkan… Alhamdulillah sekarang ini telah dilancarkan sekali gus merealisasikan keinginan peminat-peminat yang sedia ada untuk ketiga-tiga artis ini.

“Justeru, kita akan meluaskan album ini terutamanya ke seluruh Malaysia dan kita merancang akan membuat satu lagi pelancaran album ini di Kuala Lumpur, insya Allah…

“Saya berharap agar lagu-lagu ini akan mendapat sambutan dan sokongan dari peminat industri muzik kita dan dimainkan di seluruh radio tanah air,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu penulis lirik Asmi Datuk Andi Yakin dan kru-kru produksi.

RELATED ARTICLES
Utama

Premier Sarawak dikurniakan darjah ‘Seri Panglima Darjah Kinabalu’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular