HomeUtamaGRS belum putuskan tanding semua DUN pada PRN akan datang

GRS belum putuskan tanding semua DUN pada PRN akan datang

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, gabungan parti itu sentiasa terbuka untuk bergabung dengan parti lain bagi membentuk sebuah Kerajaan negeri.

“Itu cadangan dia (Tan Sri Pandikar Amin Mulia), kita belum buat keputusan lagi, kita kena fikir semua, politik ini, kawan-kawan kita dalam Kerajaan.

“Kerajaan ini adalah terdiri daripada beberapa parti termasuk parti nasional Pakatan Harapan(PH) dan juga sebahagian daripada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Agung dan Konvensyen Persatuan Guru Besar Malaysia Negeri Sabah Kali Kedua di ITCC Ballroom di ITCC di sini hari ini.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, semua pihak perlu bersama-sama memikirkan perkara yang baik bagi memastikan negeri ini terus maju.

“Jadi apa yang baik adalah untuk kita sama-sama memikirkan untuk negeri kita supaya terus maju, membangun dan bersatu padu. Jadi itu hanya cadangan beliau sahaja,” katanya.

Ketika ditanya sama ada GRS dan PH wajar diteruskan, Hajiji berkata, gabungan GRS PH Plus yang ada masa kini adalah baik untuk diteruskan.

“Memang baik, kalau boleh kita gabung lagi dengan parti-parti lain supaya kita dapat membangunkan negeri kita bersama-sama,” katanya.

Terdahulu, Pandikar sekali lagi menyuarakan pendapatnya berhubung ketetapan GRS yang mempunyai tujuh komponen parti tempatan supaya bertanding atas kapasiti sendiri pada PRN Sabah ke-17 nanti.

Beliau terlebih dahulu sudah menyatakan pendirian untuk bertanding sendiri sejak tahun lalu dan kali ini, Pandikar mendakwa, parti komponen seperti STAR dan SAPP turut sependapat dengan partinya, USNO. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Premier Sarawak dikurniakan darjah ‘Seri Panglima Darjah Kinabalu’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular