HomePendapatIsu legasi jadi cabaran Kerajaan jana pembangunan ekonomi mampan dan inklusif

Isu legasi jadi cabaran Kerajaan jana pembangunan ekonomi mampan dan inklusif

Read Time:3 Minute, 58 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1.        Pada akhir Julai 2024, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerbitkan Laporan Survei Tenaga Buruh 2023. Antara lain, laporan berkenaan merangkumi statistik tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran, berlandaskan ciri-ciri demografi dan sosioekonomi.

2.        Menurut laporan berkenaan, pada tahun 2023, jumlah keseluruhan penduduk Malaysia yang bekerja adalah 15.81 juta orang, bertambah sebanyak 658.1 ribu orang (4.3%) dari 15.16 juta orang pada tahun 2022.

Ini bermakna pertumbuhan ekonomi negara telah berjaya mewujudkan tambahan pekerjaan yang banyak untuk penduduk Malaysia.   

3.        Daripada jumlah keseluruhan pekerja tersebut:

  • majoriti pekerja (lebih 65%) berada di dalam sektor Perkhidmatan
  • jumlah pekerja paling sedikit adalah di dalam sektor Perlombongan & Pengkuarian, iaitu hanya 0.6%

4.        Fakta menarik: Data sediada menunjukkan sektor Perkhidmatan adalah sektor ekonomi yang dominan di Malaysia:

5.        Manakala, kadar pengangguran negara berada pada paras 3.4%, dengan jumlah penganggur seramai 553.4 ribu orang. Dalam tempoh 3 tahun (2021- 2023), kadar pengangguran dan jumlah penganggur telah menunjukkan trend menurun, taktala negara mengharungi kesan negatif pandemik Covid-19:

6.        Malah, sepanjang tempoh masa 4 dekad (1982 – 2023), kadar pengangguran negara kekal rendah dan agak mendatar, tanpa banyak kejutan peningkatan yang terlampau tinggi.

7.        Namun begitu, situasi yang membimbangkan ialah kadar pengangguran belia yang hampir 2 kali ganda lebih tinggi dari kadar pengangguran negara, iaitu 6.7% (kadar pengangguran belia 15 – 30 tahun) berbanding 3.4% (kadar pengangguran negara).

8.        Situasi ini mungkin di sebabkan oleh ramai bakat muda yang terus memasuki alam pekerjaan selepas menamatkan persekolahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tanpa melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

9.        Menurut data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jumlah serta peratusan lepasan SPM yang tidak melanjutkan pengajian adalah sangat tinggi, dan mencatatkan peningkatan.

10.      Di samping itu, data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut merekodkan ramai calon telah tidak menduduki peperiksaan SPM.

11.      Dengan hanya berbekalkan kelulusan peringkat sekolah, sudah pasti ramai bakat muda berkenaan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Seterusnya, ini menyumbang kepada kadar pengangguran belia yang kekal tinggi di dalam negara.  

12.      Maka, tidaklah mengejutkan Laporan Survei Tenaga Buruh 2023 berkenaan menunjukkan majoriti (54.1%: 8.56 juta orang) pekerja di Malaysia hanya memiliki kelulusan pendidikan menengah sahaja.

13.      Tambahan lagi, laporan berkenaan juga menunjukkan majoriti (69.6%: 11.0024 juta orang) pekerja di Malaysia adalah separuh mahir dan berkemahiran rendah.

14.      Oleh kerana ramai yang memasuki alam pekerjaan dengan hanya memiliki kelulusan peringkat sekolah, data sediada menunjukkan peratusan peningkatan pekerja berkemahiran rendah adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding pekerja mahir.  

Ini jelas bertentangan dan merencatkan agenda pembangunan ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

15.      Tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah tersebut menyebabkan ramai pekerja di Malaysia menerima gaji yang kecil sahaja. Menurut data upah bulanan pekerja yang di terbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM):

  • Median Upah Bulanan pekerja pada Suku Pertama 2024 adalah RM 2,844. Ini bermakna 50% pekerja di Malaysia menerima upah di bawah RM 2,844 sebulan
  • Tangga upah RM 1,500 – RM 1,999 merekodkan jumlah pekerja tertinggi (23.8%)

16.      Bagi Sabah, Laporan Survei Tenaga Buruh 2023 menunjukkan jumlah pekerja adalah 1.6222 juta orang (10.3%) daripada jumlah keseluruhan pekerja di Malaysia. Ini adalah jumlah pekerja ke-3 tertinggi di Malaysia, selepas Selangor (3.8589 juta orang: 24.4%) dan Johor (2.0179 juta orang: 12.8%).

17.      Pada masa yang sama, laporan berkenaan menunjukkan statistik pekerja di Sabah yang suram dan mendukacitakan:

  • 80% pekerja di Sabah hanya memiliki tahap pendidikan menengah dan ke bawah, iaitu seramai 1.296 juta orang daripada jumlah pekerja 1.6222 juta

Peratusan ini jauh lebih tinggi dari peratusan negara (64.5%).

  • Sabah merekodkan jumlah pekerja yang tiada pendidikan rasmi tertinggi di Malaysia, iaitu 53% daripada jumlah keseluruhan negara

18.      Laporan berkenaan turut menunjukkan Sabah telah merekodkan kadar pengangguran tertinggi di Malaysia, iaitu 7.5%. Ini melebihi 2 kali ganda daripada kadar pengangguran negara (3.4%).

19.      Malah, kadar pengangguran yang tinggi sudah lama berlanjutan:

20.      Hakikatnya, situasi tersebut adalah hasil isu-isu legasi yang masih menghantui rakyat Sabah. Inilah antara cabaran utama Kerajaan Sabah untuk menjana pembangunan ekonomi mampan dan inklusif, yang dapat menyediakan peluang pekerjaan sesuai dan mencukupi untuk rakyat Sabah.

21.      Setakat ini, sejak di lancarkan pada Mac 2021, Pelan Pembangunan Negeri Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 – 2025 telah berjaya menghasilkan pelbagai kejayaan yang membanggakan, antaranya: belanjawan tahunan lebihan/ surplus budget terbesar sejak Merdeka, nilai perdagangan luar negeri tertinggi dalam sejarah Sabah.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Menanti Hadiah Istimewa Sempena Sambutan Hari Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular