HomeUtamaBengkel Hala Tuju Pengurusan Sungai-Sungai di Sabah untuk kelestarian alam sekitar

Bengkel Hala Tuju Pengurusan Sungai-Sungai di Sabah untuk kelestarian alam sekitar

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Sungai-sungai di Sabah memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian, selain daripada membekalkan sumber air kepada penduduk di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pelbagai aktiviti sosio-ekonomi penduduk tempatan seperti aktiviti perikanan dan pelancongan juga banyak bergantung kepada sungai-sungai yang ada.

“Selain daripada itu, ekosistem sungai termasuk kawasan riparian, iaitu kawasan di sekitar sungai juga perlu dilindungi bagi menjamin kestabilan ekosistem dan perlindungan biodiversiti khususnya habitat kepada pelbagai hidupan liar,” katanya.

Christina berkata demikian semasa berucap merasmikan Bengkel Hala tuju Pengurusan Sungai-Sungai di Sabah yang berlangsung salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Bengkel anjuran KePKAS melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sabah Tourism Board (STB) melalui Sri Pelancongan Sabah Sdn. Bhd. turut membantu menjayakan bengkel ini.

Sebanyak lima taklimat yang akan disampaikan berkaitan topik pengurusan sungai oleh beberapa wakil jabatan dan agensi teknikal negeri Sabah serta pakar berkaitan pada hari ini, dan para peserta bengkel yang hadir adalah daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan, badan bukan Kerajaan (NGOs) dan juga para akademia.

Menurut Christina, dalam sektor pembangunan, permintaan bagi bekalan pasir dan batu sungai semakin meningkat seiring dengan peningkatan aktiviti pembangunan di negeri Sabah.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita menguruskan sungai-sungai kita ini secara efisien dan mampan, demi kesejahteraan alam sekitar di negeri Sabah.

“Bagi tujuan itu, Kementerian saya melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bengkel pada hari ini bertujuan menghasilkan satu pelan hala tuju yang jelas dan komprehensif dalam pengurusan sungai-sungai di Sabah.

“Ini termasuklah usaha untuk mengawal kualiti air sungai agar kelestarian ekosistem semulajadi sungai kita terjamin,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan bengkel ini juga sememangnya tepat pada masanya bersempena bulan sambutan Hari Sungai Sedunia yang disambut pada bulan September setiap tahun di seluruh dunia.

“Bengkel kita pada hari ini, merupakan satu platform yang penting dalam merangka pelan bersepadu bagi hala tuju pengurusan sungai-sungai di Sabah.

“Saya yakin dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, hasil bengkel kita pada hari ini akan memberikan impak yang positif terhadap pengurusan sungai-sungai di Negeri Sabah.

“Kertas Cadangan yang terhasil daripada bengkel pada hari ini akan saya ketengahkan kepada pihak berkaitan, agar dapat direalisasikan dalam kadar segera,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular