HomeIsu tempatanHUMS, KESUMBA santuni komuniti Pulau Mantanani

HUMS, KESUMBA santuni komuniti Pulau Mantanani

Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu : Pasukan petugas dari Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dengan kerjasama Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita UMS (KESUMBA) telah mengadakan program perkhidmatan kesihatan sebagai menyantuni komuniti di Pulau Mantanani, Kota Belud.

Menerusi penganjuran Program Komuniti Sihat Melihat Mendengar (KoSiMM), staf UMS yang terlibat telah memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan rehabilitasi kanak-kanak dan pemberian ubat-ubatan selain daripada pemeriksaan mata dan telinga.

Pengarah HUMS, Prof. Madya. Dr. Malehah Datuk Mohd. Noh berkata, program itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam komuniti mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan terutamanya mata dan telinga secara berkala untuk mencegah masalah yang lebih teruk. 

“Selain pemeriksaan kesihatan mata dan telinga, bantuan cermin mata dan alat bantuan pendengaran turut diberikan secara percuma kepada pelajar sekolah dan orang kampung yang memerlukan. 

“Inisiatif ini sekali gus memberi manfaat dan meningkatkan kebolehcapaian rawatan mata dan telinga kepada lebih ramai keluarga B40 di sekitar Sabah,” katanya. 

Malehah turut memaklumkan, program KoSIMM tersebut merupakan satu program komuniti di bawah Program KPT Prihatin MADANI yang memberi akses lebih baik kepada perkhidmatan kesihatan terutamanya pemeriksaan mata dan telinga di Sabah.

“Justeru itu, penghargaan diberikan kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas inisiatif dalam memberikan perkhidmatan dan menyelesaikan isu-isu kebajikan khusus kepada aspek kesihatan masyarakat luar bandar melalui perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma,” tambah beliau. 

Program KoSIMM mendapat sambutan baik menerusi penyertaan seramai 205 orang penduduk Pulau Mantanani telah hadir dan menerima perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.

Selain pemeriksaan kesihatan, HUMS dan KESUMBA turut mengadakan aktiviti Cabaran Geometri untuk pelajar sekolah, selain sesi gubahan bunga dan pembuatan sabun daripada minyak untuk penduduk Pulau Mantanani, yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penduduk setempat, serta membantu mereka yang terlibat dalam industri pelancongan di kampung tersebut.

Turut diadakan sesi penyerahan sumbangan cermin mata dan sumbangan kepada pihak sekolah yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Inovasi HUMS, Prof. Madya Dr Nicholas Pang Tze Ping.

Hadir sama pada program tersebut Pengarah Pusat Uberisasi Kesihatan Komuniti HUMS, Dr. Muhammad Syafiq Abdullah; Ketua Jabatan Oftalmologi HUMS, Dr. Chua Shee Wen; Guru Besar SK Pulau Mantanani, Zukri Hamzah; dan Pengurus JSK Mantanani Island Resort, Kenny Liong selaku rakan kolaborasi. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Aura Ustaz Abdul Somad tarik perhatian 10,000 umat Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular