HomeSukanSukan Paralimpik : Eddy Bernard sumbang gangsa pertama Malaysia

Sukan Paralimpik : Eddy Bernard sumbang gangsa pertama Malaysia

Read Time:46 Second

Paris : Atlet Paralimpik dari Sabah, Eddy Bernard berjaya meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di de de France, di sini semalam.

Eddy berjaya melintasi garisan penamat dengan mencatat 11.58 saat yang sebelum itu bermula dengan baik di awal perlumbaan namun kehilangan sedikit momentum di tengah saingan.

Penampilan sulung atlet berusia 23 tahun itu di Sukan Paralimpik turut berjaya memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.

Eddy juga mengatasi catatan masa peribadi terbaiknya 11.77s ketika membawa pulang pingat perak pada kejohanan berprestij dunia di Kobe itu.

Sementara itu, pingat emas bagi acara itu telah dimenangi  atlet mewakili Afrika Selatan, Mpumello Mhlongo dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi  milik atlet Cuba,Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sheron, Tahira juara Larian Timpohon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular