HomeUtamaPerkhidmatan Mahkamah Syariah Bergerak dijangka mula beroperasi tahun depan

Perkhidmatan Mahkamah Syariah Bergerak dijangka mula beroperasi tahun depan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kudat : Perkhidmatan Mahkamah Syariah Bergerak di negeri ini dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perkhidmatan yang akan dilaksanakan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah itu mampu memberi kemudahan kepada masyarakat Islam berurusan khususnya di luar bandar.

“Bagaimanapun, sebelum ianya dilaksanakan, kajian menyeluruh akan dilakukan bagi mengenal pasti kawasan yang memerlukan perkhidmatan tersebut khususnya di kawasan yang tidak mempunyai Mahkamah Syariah.

“Atau Mahkamah Syariah itu ada di pekan tetapi kawasan yang jauh untuk dikunjungi, kita akan adakan Mahkamah Bergerak. Disamping itu kita akan bergerak sama dengan beberapa agensi agam alin selain pihak keselamatan juga akan turut membantu,” katanya.

Katanya ketika merasmikan Program Mahabbah Mahkamah Syariah di Dewan Terbuka Pekan Baru Banggi, Pulau Banggi, di sini.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, cadangan mewujudkan Mahkamah Bergerak itu juga amat bersesuaian dengan teras strategik dalam Kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu membangunkan modal insan dan kesejahteraan rakyat melalui penyampaian perhidmatan kepada seluruh rakyat di negeri Sabah.

Katanya, kesejahteraan rakyat menjadi aspek utama untuk meningkatkan potensi keberhasilan pembangunan modal insan yang seterusnya sudah pasti akan mewujudkan sebuah masyarakat yang maju, progresif dan dalam keadaan sejahtera.

“Kesejahteraan rakyat juga bermakna masyarakat tersebut menjadi sebuah masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan makmur seterusnya merealisasikan pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai sektor utama yang akan menjadikan negeri Sabah terus maju jaya.

“Penambahbaikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri adalah penting untuk mengurangkan karenah birokrasi dengan mempermudah dan memperkemas sistem dan prosedur kerja,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular