HomeUtamaTindakan tegas pengendali pelancongan rentas sempadan tanpa kebenaran - Christina

Tindakan tegas pengendali pelancongan rentas sempadan tanpa kebenaran – Christina

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pelaku aktiviti pelancongan rentas sempadan tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mengeluarkan amaran itu pada Selasa susulan laporan kemasukan tanpa kebenaran ke perairan Filipina membabitkan pengendali pelancongan dan pelancong yang melawat Sabah.

Didakwa seorang pengusaha pelancongan memancing tidak berlesen dari Semporna membawa pelancong pergi memancing ke perairan Filipina.

“Pengusaha pelancongan harus sedar bahawa adalah satu kesalahan dan menyalahi undang-undang untuk menceroboh wilayah negara lain.

“Kami (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar atau KePKAS) akan meminta Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) membatalkan lesen pengendali pelancongan yang didapati melanggar undang-undang,” kata Christina dalam satu kenyataan semalam.

Christina mengecam tindakan pengusaha pelancongan yang secara tidak wajar mendedahkan pelancong kepada bahaya yakni membahayakan keselamatan mereka.

Beliau berkata KePKAS akan bekerjasama sepenuhnya dengan agensi penguatkuasaan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin dalam mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemain pelancongan yang ingkar.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Antara 5 Negeri Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular