HomeUtamaKepelbagaian budaya harus diraikan bersama

Kepelbagaian budaya harus diraikan bersama

Read Time:1 Minute, 50 Second

Tuaran: Kepelbagaian budaya yang ada di Sabah perlu terus diraikan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kepelbagaian dalam aspek budaya seperti sambutan Pesta Tanglung antara yang telah menjadikan rakyat di negeri ini hidup bersatu padu dan aman.

“Inilah keunikan dan kehebatan Sabah yang menjadi contoh kepada negeri lain. Kita mempunyai pelbagai perayaan yang kita raikan bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya berasa bangga kerana Lions Club Tuaran telah menganjurkan pesta yang cukup hebat dan berharap perayaan yang diwarisi sejak nenek moyang ini akan diperlukan pada masa akan datang,” katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diiringi Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh (lima kiri) menyempurnakan gimik perasmian dengan memotong kuih bulan (Moon Cake) sempena Pesta Tanglung Tuaran 2024 di Padang Astaka Tuaran pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Pesta Tanglung Tuaran di Padang Astaka Tuaran, di sini semalam.

Dalam pada itu, Hajiji turut berharap rakyat akan terus menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus untuk terus membangunkan negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri hari ini akan terus membawa pembangunan kerana ini adalah tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik kepada rakyat.

“Justeru, saya berharap rakyat negeri ini tidak mudah percaya atau terpengaruh dengan fitnah yang dibawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya, banyak yang telah kita lakukan selepas pandemik COVID-19.

“Kita telah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negeri ini. Bukan itu saja, malah dalam aspek lain termasuk pendidikan dan modal insan yang menjadi antara fokus utama kerajaan negeri.

“Kita tahu memang ada masalah yang dihadapi termasuk yang diwarisi daripada penerintahan terdahulu seperti air. Tetapi kerajaan hari ini akan terus melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah berkenaan. Apa yang penting sokongan daripada rakyat agar Sabah terus maju jaya dalam Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, kerajaan telah dan akan terus melaksanakan lebih banyak pembangunan dan projek yang menberi manfaat dan kemudahan kepada rakyat negeri ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Presiden Lions Club Tuaran Kapitan Frankie Goh, yang juga Pengerusi Penganjur. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular