HomeSukanPUSPANITA bandaraya KK tubuh 'Borneo Angels'

PUSPANITA bandaraya KK tubuh ‘Borneo Angels’

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan Bandaraya Kota Kinabalu (CBKK) baru-baru menubuhkan kelab berbasikal wanita Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang dinamakan sebagai Borneo Angels.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, penubuhan kelab itu adalah bagi menggalakkan lebih ramai kakitangan wanita DBKK untuk bergiat aktif dalam bidang sukan.

“Penubuhan kelab sukan berbasikal itu merupakan hasil cetusan idea Datin Sri Adreen Aderizza Mohamad Soffi, Pengerusi PUSPANITA CBKK yang bertujuan untuk menarik minat kaum wanita menceburi aktiviti berbasikal.

“Ia seterusnya meningkatkan lagi tahap kesihatan fizikal, mental selain mewujudkan semangat setiakawan dalam kalangan ahli,” menurut kenyataan itu di sini.

Majlis Pelancaran Borneo Angels dilancarkan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin  Samitah.

Hadir sama Ketua Pengarah, DBKK Sr. Lifred Wong bersama kumpulan pengurusan tinggi DBKK yang lain.

DBKK berkata, Borneo Angels dijadualkan untuk turut serta dalam acara ‘Ride For Awareness’ Pink Ribbon yang akan diadakan pada bulan Oktober ini dan program Kayuhan Labuan.

Untuk pertanyaan lanjut, urus setia Borneo Angels boleh dihubungi melalui talian 088-244000 (Glorie). – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular