HomeUtamaSabah, Sarawak akan selaras terma dan syarat program MM2H

Sabah, Sarawak akan selaras terma dan syarat program MM2H

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu: Sabah dan Sarawak akan menyelaraskan terma dan syarat bagi program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) dan Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (Sarawak-MM2H).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Datuk Christina Liew berkata, kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan bagi mencapai persetujuan mengenai beberapa  aspek seperti pembayaran deposit bagi menyertai program berkenaan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Selamat Datang untuk delegasi Persidangan  Global Longchuan Association Fellowship ke-7 dan merangkap Persidangan Longchuan Industrial Development Investment Promotion Conference, di sini semalam.

Christina juga menjelaskan akan mengadakan pertemuan dengan  Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Christina berkata, ejen pelancongan dan pengembaraan Malaysia sedang mempromosikan destinasi ke China (bandar-bandar utama) kepada  rakyat Malaysia pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

“Pameran ini telah dimasukan ke dalam Malaysian Book of Records (MBR) kerana penyertaan kali ini mencatatkan sebanyak 1,590 gerai pameran…yang terbesar setakat ini,” katanya.

Kira-kira 500 perwakilan dari China (termasuk pemimpin dan pegawai dari Longchuan), Taiwan, Singapura, Hong Kong, Macau, Semenanjung Malaysia dan Sarawak menghadiri jamuan yang dianjurkan oleh KePKAS.

“Sebagai Menteri KePKAS…saya mengalu-alukan kedatangan anda semua, dari  Longchuan dan dari pelusuk dunia ke Kota Kinabalu, Sabah.

“Luangkanlah masa untuk melawat pulau-pulau indah di sini, mencuba makanan laut yang segar dan melihat sendiri budaya tempatan kami,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Large Scale Solar Menawarkan ‘Value for Money’ untuk Bekalan Elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular