HomeUtamaProgram ditawarkan POLYCC releven, sesuai dengan keperluan industri

Program ditawarkan POLYCC releven, sesuai dengan keperluan industri

Read Time:1 Minute, 24 Second

Tawau : Program yang ditawarkan di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) dilihat releven dan bersesuaian dengan keperluan industri serta guna tenaga khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.  

Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan POLYCC Mohd Noor Shahudin berkata, ini terbukti apabila Politeknik Tawau Sabah tersenarai dalam politeknik-politeknik yang mencapai 100 peratus atau lebih dari norma pengambilan pelajar baharu yang telah ditetapkan bagi ambilan Sesi 1: 2024/2025 baru-baru ini.  

“Bukan itu sahaja, sukacita juga saya ingin maklumkan bahawa para graduan yang ada dalam dewan ini merupakan hasil sistem pendidikan tinggi berasaskan TVET yang berkesan. 

“Ianya terbukti melalui pencapaian kadar kebolehpasaran graduan Politeknik Tawau Sabah yang mencapai paras  98.8 peratus. Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pengarah serta seluruh warga Politeknik Tawau Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Politeknik Tawau Sabah kali kelima di sini.

Pada majlis itu, seramai 85 graduan diraikan pada majlis itu dan sehingga kini, Politeknik Tawau Sabah telah berjaya melahirkan sejumlah 280 graduan sejak majlis konvoksyen kali pertama diadakan. 

Sementara itu, Mohd Noor berkata, melalui pelan Transformasi Politeknik 2023 – 2030, POLYCC sedang berusaha membangunkan satu ekosistem politeknik yang bukan sahaja menyediakan pendekatan pengajian yang pelbagai, tetapi juga bersifat mudah.

Katanya, ia juga berupaya menawarkan daya tarikan baharu terutamanya kepada mereka yang sudah bekerja atau terlepas peluang mengikuti pengajian pada peringkat muda.  

“Pelan ini akan dilaksanakan melalui tiga strategi seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi semasa Majlis Peluncuran Transformasi Politeknik 2023-2030 pada Disember yang lepas.

“Pelan ini dilaksana dengan harapan agar sesiapa sahaja tanpa mengira latar usia dan peringkat pengajian akan berpeluang menyertai program pengajian di POLYCC seluruh negara,” katanya..- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Madani komited pastikan rakyat nikmati internet berkelajuan tinggi 5G –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular