HomeUtamaWisma Putra ambil maklum laporan kapal tentera asing di perairan

Wisma Putra ambil maklum laporan kapal tentera asing di perairan

Read Time:45 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA:Kementerian Luar mengambil maklum laporan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia.

Bagaimanapun, kementerian itu dalam kenyataan berkata, ia tidak dapat mengulas ketepatan atau butiran spesifik pergerakan kapal tentera itu kerana ia di bawah pihak berkuasa operasi keselamatan dan pertahanan.

“Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten.

Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979. Kedudukan ini selaras undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982.

Sejajar komitmennya mengekalkan Laut China Selatan sebagai rantau keamanan, kestabilan dan perdagangan, Kementerian Luar berkata, Malaysia akan terus berhubung secara diplomatik dengan semua negara berkaitan.

Kami kekal komited menyelesaikan pertikaian melalui cara aman dan mematuhi prinsip digariskan dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) yang menekankan kepentingan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular