HomePolitikIlmu pengetahuan luas penting jadi 'bekalan' hadapi PRN

Ilmu pengetahuan luas penting jadi ‘bekalan’ hadapi PRN

Read Time:1 Minute, 19 Second

Penampang : Pergerakan sayap Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas untuk dijadikan ‘bekalan’ terpenting dalam persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah, Emmie Datuk Martin Idang berkata, sayap parti merangkumi Wanita, Pemuda dan Beliawanis itu merupakan wakil kepada pimpinan tertinggi parti dan negeri.

“Jadi bagaimana kita selaku wakil pimpinan parti dan negeri untuk menyebar luaskan inisiatif dan pencapaian parti dan negeri jika kita sendiri tidak jelas atau mahir mengenainya.

“Oleh itu, saya menyeru kepada pimpinan di Bahagian dan cawangan untuk ketiga-tiga sayap ini lebih giat untuk memberikan pendedahan kepada kalangan ahli-ahli, pastikan setiap daripada mereka mendapat maklumat yang tepat dan padat mengenai apa yang pihak pimpinan pusat dan kerajaan negeri laksanakan demi kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Sayap-Sayap Gagasan Rakyat Kapayan 2024 di sini.

Emmie berkata,  antara usaha Kerajaan untuk memastikan Kebajikan rakyat terjaga termasuklah menyediakan rumah SMJ untuk rakyat miskin selain memastikan infrastruktur asas seperti air dan elektrik dapat dinikmati oleh rakyat serta dasar-dasar kerajaan dalam memastikan keterjaminan makanan.

“Melalui ilmu pengetahuan inilah nanti yang akan memberikan perlindungan daripada segala tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh pihak pembangkang,” katanya.

Emmie berkata, semua ahli parti juga perlu bersedia mempertahankan setiap tindakan dan keputusan yang diambil oleh parti mahu pun kerajaan negeri.

“Ini kerana, setiap keputusan dan tindakan yang dibuat adalah dibuat secara kolektif setelah mengambil pandangan dan buah fikiran semua pihak selain kita perlu yakin dengan kebijaksanaan Presiden dalam membawa hala tuju dan kejayaan parti,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Politik

Jentera wanita Gagasan Rakyat perlu jadi mata, telinga kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular