HomeUtamaEmpat perkara berkaitan MA63 belum memperoleh sebarang persetujuan

Empat perkara berkaitan MA63 belum memperoleh sebarang persetujuan

Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu: Terdapat empat perkara dalam rundingan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) masih belum memperolehi sebarang persetujuan daripada Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, empat perkara itu adalag berkaitan sempadan laut, royalti minyak, duti setem dan tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen mewakili Sabah dan Sarawak.

“Secara umumnya terdapat empat perkara yang disampaikan dalam mesyuarat ini dan perkara itu akan terus dibincangkan sehingga satu penyelesaian yang boleh dipersetujui kedua-dua negeri dan persekutuan dapat dihasilkan.

“Saya percaya dengan kebijaksanaan semua pemimpin, kita akan menemukan penyelesaian,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat MTPMA63 di Pusat Konvensyen Antabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama pada mesyuarat itu Premier Sarawak Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Fadillah berkata perkembangan rundingan mengenai perkara itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh tiga bulan selepas mesyuarat hari ini.

Sementara itu, beliau berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan mengenai perwakilan kuasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak untuk melantik Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar bagi mengisi kekosongan dan pemangkuan jawatan.

Selain itu, katanya perbincangan juga tertumpu kepada obligasi kewangan Persekutuan di bawah Senarai III, Senarai Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan duti setem dikenakan ke atas instrumen pemindahan, caj, menyewakan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah Dan Sarawak.

“Perkara atau tuntutan lain berkaitan MA63 yang masih belum selesai akan terus dibincang dan dipantau dalam platform rundingan yang lain iaitu Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan saya sendiri dan beberapa Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan di peringkat kementerian atau agensi berkaitan.

“Ia bagi memastikan tuntutan yang masih belum selesai itu diambil tindakan sewajarnya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Speaker DUN disaran beri ruang pelajar IPT kenali institusi Parlimen, DUN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular