HomeUtamaSabah sambut baik kenaikan Peruntukan Khas Interim RM600 juta

Sabah sambut baik kenaikan Peruntukan Khas Interim RM600 juta

Read Time:57 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu: Sabah menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta pada tahun depan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di sini, petang tadi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau turut mengalu-alukan kenaikan interim itu sementara menunggu tuntutan 40 peratus hasil Sabah dilaksana dan diselesaikan. 

“Ini merupakan satu pengiktirafan kepada keperluan pembangunan Sabah dan kuasa kehendak Kerajaan Persekutuan dalam menunaikan tanggungjawab kepada negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu dipengerusikan sendiri  Perdana Menteri, dan turut dihadiri oleh Hajiji, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta beberapa barisan jemaah menteri dari Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Hajiji merakamkan penghargaan atas isu-isu di bawah MA63 yang telah pun diselesaikan termasuk penyerahan kuasa kawal selia dalam mengurus elektrik dan tenaga boleh diperbaharui kepada Sabah awal tahun ini serta penurunan kuasa. 

“Saya harap semua isu yang belum selesai akan diusahakan dan dilaksanakan demi kebaikan kedua-dua pihak,” katanya. SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Speaker DUN disaran beri ruang pelajar IPT kenali institusi Parlimen, DUN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular